Jadual Waktu Peperiksaan yang diumumkan Jakim merangkumi UPKK & IKP Tahun 2025.
Jadual Waktu Peperiksaan yang diumumkan Jakim merangkumi UPKK & IKP Tahun 2025.

Jakim umum Jadual Waktu Peperiksaan UPKK & IKP Tahun 2025

24 Jul 2025 03:29pm

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) baru-baru ini telah mengeluarkan Jadual Waktu Peperiksaan bagi dua peperiksaan penting iaitu Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) serta Ithbat KAFA Pratahfiz (IKP) untuk tahun 2025.

Menerusi satu kenyataan yang dimuat naik di laman Facebook rasmi mereka, peperiksaan UPKK 2025 dijadualkan berlangsung bermula 17 hingga 20 November 2025.

Ia melibatkan pelbagai mata pelajaran berkaitan Pendidikan Islam seperti Amali Solat, Penghayatan Cara Hidup Islam (PCHI), Tilawah Al-Quran, Pelajaran Jawi dan Khat, Sirah, Ibadah, Aqidah, Adab (Akhlak Islamiah) dan Lughah Al-Quran.

Peperiksaan itu merupakan salah satu penilaian utama kepada murid-murid Tahun Lima yang mengikuti program Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) kendalian Jakim di seluruh negara.

Ia bertujuan mengukur tahap kefahaman dan penguasaan mereka dalam ilmu asas agama Islam.

Sementara itu, peperiksaan IKP 2025 pula akan dilangsungkan lebih awal iaitu pada 18 hingga 21 Ogos 2025.

IKP merupakan penilaian khusus bagi menilai tahap penguasaan hafazan al-Quran murid yang mengikuti program KAFA berfokuskan tahfiz.

Sementara itu, Jakim turut menitipkan nasihat penuh makna kepada semua calon yang akan menduduki UPKK dan IKP bagi tahun ini.

Artikel Berkaitan:

"Semoga ALLAH berkati segala usaha dan mengurniakan kejayaan buat semua calon.

"Teruskan berusaha, berdoa dan bertawakal. Kejayaan menanti di hadapan, insya-ALLAH," katanya. 

 

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp