No Image Caption

Jelajah TV PSS pusing sekolah seluruh Selangor 

MARIATUL QATIAH ZAKARIA
07 Jun 2023 06:00pm
A
A
A

Buat julung kalinya, Sinar Bestari mengadakan program Jelajah TV Pusat Sumber Sekolah (TV PSS) peringkat Negeri Selangor yang meliputi 10 daerah dan memberi manfaat kepada lebih 200 buah sekolah.

Program kerjasama dengan Sektor Sumber dan Teknologi Pendidikan (SSTP), Jabatan Pendidikan Negeri Selangor ini dijalankan secara berperingkat mengikut daerah dan tarikh yang telah ditetapkan oleh Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) masing-masing.

Lokasi pertama telah diadakan pada 2 Mei lalu di Sekolah Kebangsaan (SK) Jalan Kebun bagi daerah Klang. Menerusi program ini, peserta diajar mengenai asas kewartawanan dan pengendalian studio mini di sekolah. Paling menarik sudah pastinya, peserta diberi tugasan untuk menghasilkan video dan ditayangkan pada umum untuk dinilai oleh juri.

Berikut merupakan jadual tarikh Jelajah TV PSS peringkat Negeri Selangor. Sekolah di negeri Selangor yang ingin turut serta boleh membuat pertanyaan di PPD terlibat. Sementara bagi sekolah di negeri lain, jika berminat dengan program seperti ini, boleh hubungi Hotline Sinar Bestari, 019-2329032 (whatsapp sahaja) untuk perbincangan lanjut.

2 Mei 2023 – PPD Klang

14 Jun 2023 – PPD Petaling Perdana

3 Julai 2023 – PPD Petaling Utama

11 Julai 2023 – PPD Sabak Bernam

18 Julai 2023 – PPD Hulu Langat

Artikel Berkaitan:


1 Ogos 2023 – PPD Gombak

15 Ogos 2023 – PPD Kuala Selangor

26 September 2023 – PPD Kuala Langat

10 Oktober 2023 – PPD Sepang

17 Oktober 2023 – PPD Hulu Selangor

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok