Kemeriahan program Jelajah TV PSS Negeri Sembilan di SMK Puteri.
Kemeriahan program Jelajah TV PSS Negeri Sembilan di SMK Puteri.

Jelajah TV PSS Sinar Bestari Negeri Sembilan: Harap diperluas, libatkan daerah-daerah lain

AZLEENDA SAHALUDINAZLEENDA SAHALUDIN
26 Jun 2024 05:12pm

Program Jelajah TV Pusat Sumber Sekolah (PSS) Sinar Bestari 2024 dilihat membantu dalam mencungkil kreativiti murid sekolah sekali gus menjadi platform mereka menonjolkan kemahiran komunikasi, kolaborasi dan pemikiran kreatif.

Roslan
Roslan



Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan, Datuk Dr Roslan Hussin berkata, program yang berjalan selama hampir satu hari itu sangat bermakna kerana di sinilah murid-murid dapat menimba ilmu pengetahuan baharu yang tidak diajar di dalam kelas.

“Saya rasa program ini sangat bermakna sebab kita sendiri dapat lihat kebijaksanaan murid-murid khususnya di negeri ini dalam kontek bidang kreatif.

“Kerjasama dengan pihak industri iaitu Sinar Bestari, Sinar Harian merancakkan lagi proses menimba ilmu ini yang tidak diajar di dalam kelas,” katanya ketika majlis penutup Jelajah TV PSS Negeri Sembilan pada Selasa.



Roslan menambah, penataran secara menyeluruh diharap dapat dilakukan dengan menjalankan program sebegini di daerah-daerah lain di Negeri Sembilan agar dapat memberi peluang murid-murid lain menimba ilmu yang sangat bermakna.

“Bagi saya, program sebegini tidak boleh sampai di sini sahaja dan diharap kita dapat bergerak ke daerah-daerah lain pula untuk bersama-sama mempelajari daripada orang industri dan menambah baik TV PSS di sekolah,” tambahnya.

Jelajah TV PSS Negeri Sembilan melibatkan penyertaan murid seramai 84 orang dari sekolah rendah dan 83 orang dari sekolah menengah bertempat di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Puteri, Seremban.



Majlis penutupan program telah dimeriahkan dengan kehadiran wakil Pengarah Bahagian Sumber Teknologi Pendidikan (BSTP), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Roobah Vilachamy; wakil Pengawai Pendidikan Daerah, Dr Azizah Sanusi; Ketua Penolong Pengarah, Sektor Sumber Teknologi Pendidikan, Mohd Aiman Abdoll Aziz dan Pengetua SMK Puteri, Cikgu Siti Norezan Jalil.

Artikel Berkaitan:

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp