Wakil kru Sinar Bestari (kanan) membantu peserta memperoleh ilmu baharu seperti penyuntingan dan syot yang sesuai.
Wakil kru Sinar Bestari (kanan) membantu peserta memperoleh ilmu baharu seperti penyuntingan dan syot yang sesuai.

Jelajah TV PSS Sinar Bestari Pahang: Peserta teruja timba ilmu dan kemahiran baharu

ROSILAWATI ROSEDIROSILAWATI ROSEDI
15 Jun 2024 04:03pm

Buat julung kalinya pelajar sekitar Jerantut, Pahang berpeluang meningkatkan kemahiran dan keyakinan diri menerusi Bengkel TV Pusat Sumber Sekolah (PSS) Sinar Bestari Pantai Timur (Pahang) yang diadakan di Sekolah Kebangsaan (SK) Jerantut Jaya Khamis lalu.

Seramai 40 peserta terdiri daripada murid sekolah rendah dan 40 lagi dari sekolah menengah di daerah itu mendapat bimbingan daripada kru Sinar Bestari dalam bengkel tersebut.

Bagi peserta, mereka sangat teruja dan bersemangat kerana berpeluang menimba kemahiran baharu terutamanya dalam penghasilan sebarang rakaman video.

Peserta bukan Melayu seperti Wai Zhong Han,14, dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jerantut, berkata, bengkel sangat bermanfaat buat dirinya yang telah menyertai TV PSS sekolah sejak tahun lepas.

"Memang hobi saya mengambil video dan bengkel ini memberikan banyak peluang untuk mendapat ilmu baharu seperti penyuntingan serta syot yang sesuai.

Zhong Han
Zhong Han

"Ia juga dapat membantu meningkatkan keyakinan diri terutamanya di depan kamera," katanya.

Aisyah Al Humaira Zulhilmi,15, pula berkata, dia menyertai bengkel itu bagi mencuba benda baharu selain mencabar kemampuan diri.

Artikel Berkaitan:

Pelajar Sekolah Menengah Agama,(SMA) Kota Gelanggi 3 itu berpuas hati dan gembira kerana berpeluang menyertai bengkel bersama rakan-rakan lain.

Aisyah Al Humaira
Aisyah Al Humaira

"Banyak perkembangan teknologi yang semakin pesat pada masa kini dan saya tidak mahu ketinggalan untuk mencubanya.

"Bengkel ini banyak membuka mata saya untuk mempelajari pelbagai teknik dalam penghasilan sebarang rakaman video serta mempelajari etika kerja terutamanya ketika mendekati orang (subjek)," tambahnya yang berhasrat menjadi doktor.

Bagi peserta sekolah rendah pula, mereka juga tidak ketinggalan membuktikan kemampuan diri di depan kamera.

Antaranya, Nurul Hudafiera Izharulhassan,11, dari SK Jerantut memberitahu, bengkel itu memberikan dirinya mempelajari kesilapan yang pernah dilakukan sebelum ini.

Nurul Hudafiera
Nurul Hudafiera



Jelasnya, bengkel itu juga membuatkan diri lebih yakin di depan kamera selepas ini. Muhammad Seif Al Haq Mirza Emmil Dzahi,10, dari SK Penyelidikan Pertanian Tun Razak (PPPTR) juga mengakui bengkel telah membuka matanya mengenai teknik penghasilan terutamanya aspek penyuntingan video.

Muhammad Seif Al Haq
Muhammad Seif Al Haq

Majlis perasmian bengkel disempurnakan Ketua Penolong Pengarah Sektor Sumber dan Teknologi Pendidikan Jabatan Pendidikan Negeri Pahang, Mohammad Naharuddin Awang.

Mohammad Naharuddin
Mohammad Naharuddin



Hadir sama, Penolong Pengarah Bahagian Sumber dan Teknologi Pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Amien Syirwan Abd Rahman, Guru Besar SK Jerantut Jaya, Cikgu Jamaluddin Baharun dan Editor Eksekutif Lifesytle, Meen Tahrin.

Sementara itu, Mohammad Naharuddin mengalu-alukan penganjuran bengkel yang memberi banyak manfaat kepada semua peserta.

Menurutnya, ia menjadi platform terbaik buat pelajar meningkatkan kemahiran diri selain menghasilkan kandungan untuk TV PSS sekolah masing-masing.

Dalam pada itu, Cikgu Jamaluddin juga tertarik dengan penghasilan video yang dibuat peserta walaupun hanya belajar dalam tempoh singkat.

Cikgu Jamaluddin
Cikgu Jamaluddin

"Kalau diberikan peluang dan ruang sekali lagi, kita bersedia menganjurkan bengkel sama di sini," katanya TV PSS sekolah itu diwujudkan pada tahun 2020. Pahang menjadi lokasi keenam dan bengkel seterusnya pada 26 Jun di SMK Puteri, Seremban, Negeri Sembilan.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp