Kelompok peserta ceria bersama barisan penganjur setelah berakhirnya program itu baru-baru ini.
Kelompok peserta ceria bersama barisan penganjur setelah berakhirnya program itu baru-baru ini.

Jelajah TV PSS Sinar Bestari Pahang: SK Jerantut Jaya jadi tuan rumah

80 peserta di Jerantut timba ilmu di TV PSS Sinar Bestari Pantai Timur

ROSILAWATI ROSEDIROSILAWATI ROSEDI
13 Jun 2024 05:15pm
A
A
A

Selepas Terengganu, Pahang menjadi destinasi terakhir untuk Pantai Timur bagi bengkel TV Pusat Sumber Sekolah (PSS) Sinar Bestari tahun ini yang menyaksikan Sekolah Kebangsaan (SK) Jerantut Jaya, Jerantut menjadi tuan rumah.

Seramai 40 peserta terdiri daripada murid sekolah rendah dan 40 lagi dari sekolah menengah di daerah itu berpeluang meraih pelbagai ilmu dan kemahiran menerusi bengkel sehari tersebut.

Bermula jam 8.30 pagi, empat peserta yang mewakili setiap sekolah terlibat mendapat bimbingan kru Sinar Bestari dari Shah Alam, Selangor bagi bengkel terbabit.

Masing-masing teruja dan bersemangat mendapatkan pendedahan khususnya dalam dunia penyiaran selain dapat mencungkil bakat mereka.

Editor Eksekutif Lifesytle, Meen Tahrin berkata, pihaknya memuji komitmen peserta yang berusaha mendapatkan ilmu baharu menerusi bengkel itu.

Meen Tahrin
Meen Tahrin



"Walaupun pada peringkat awal, peserta nampak malu-malu tetapi kemudian kita nampak mereka all-out dan berikan yang terbaik dengan suntikan semangat yang diberikan terhadap mereka.

"Ini suatu perkembangan yang positif dan selepas ini bengkel akan diteruskan ke Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Puteri di Seremban, Negeri Sembilan pada 26 Jun nanti," katanya lagi.

Ketua Penolong Pengarah Sektor Sumber dan Teknologi Pendidikan Jabatan Pendidikan Negeri Pahang, Mohammad Naharuddin Awang menyempurnakan majlis perasmian penutup bengkel terbabit.

Hadir sama, Penolong Pengarah Bahagian Sumber dan Teknologi Pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Amien Syirwan Abd Rahman dan Guru Besar SK Jerantut Jaya, Cikgu Jamaluddin Baharun.

Sebahagian peserta yang menyertai bengkel di SK Jerantut Jaya pada Khamis.
Sebahagian peserta yang menyertai bengkel di SK Jerantut Jaya pada Khamis.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok