Keadaan bas yang terbabit dalam kemalangan ngeri hingga meragut 15 nyawa penuntut UPSI di KM53 JRTB dekat Gerik.
Keadaan bas yang terbabit dalam kemalangan ngeri hingga meragut 15 nyawa penuntut UPSI di KM53 JRTB dekat Gerik.

JPJ cadang perluas pemakaian tali pinggang keledar bas IPT & sekolah asrama penuh

20 Jul 2025 03:56pm

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bercadang untuk memperluas penguatkuasaan pemakaian tali pinggang keledar kepada semua bas milik Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dan sekolah berasrama penuh.

Ketua Pengarahnya, Datuk Aedy Fadly Ramli berkata, pihaknya akan menggerakkan pasukan teknikal dan penguatkuasaan JPJ negeri bermula Ogos untuk berkolaborasi dengan IPT dan institusi pendidikan untuk memeriksa bas di institusi masing-masing.

"Boleh dikatakan semua IPT ini dan sekolah berasrama penuh mempunyai bas sendiri...kita ingin pastikan bas yang diselenggara oleh pihak IPT dan institut pendidikan ini mematuhi spesifikasi dan pemandunya juga mematuhi peraturan yang ditetapkan," katanya dalam sidang media pada Majlis Penyerahan Lesen Memandu Program MyLesen (B2) di sebuah hotel pada Ahad.

Pada masa sama, beliau berkata, pemeriksaan akan dilakukan secara berperingkat memandangkan keupayaan tenaga kerja JPJ yang terhad.

Selain itu, beliau berkata, pihaknya sedang merangka kaedah untuk menggantung atau membatalkan lesen sekiranya pemegang lesen bagi mereka yang menyertai program MyLesen B2 didapati terlibat dengan aktiviti haram seperti lumba haram atau rempit. - Bernama

 

 

Artikel Berkaitan:
Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp