JPN Sabah guna pelbagai kaedah bantu pelajar pedalaman teruskan pembelajaran
JPN Sabah guna pelbagai kaedah bantu pelajar pedalaman teruskan pembelajaran

JPN Sabah guna pelbagai kaedah bantu pelajar pedalaman teruskan pembelajaran

Azliyana Sulaiman
31 Dec 2020 01:26am
A
A
A

KOTA KINABALU - Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPN) melalui Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) menggunakan pelbagai kaedah, bagi membantu pelajar khususnya yang berada di pedalaman agar mendapat akses pembelajaran, sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Pengarahnya Mistirine Radin berkata, antara usaha yang dilakukan ialah menghantar buku-buku teks yang ditinggalkan pelajar asrama, yang pulang ke kampung pada musim cuti sekolah lalu ke rumah pelajar berkenaan.

Katanya, buku-buku berkenaan disusun dan diikat, sebelum dibungkus dan dihantar pihak sekolah ke rumah pelajar atau ke rumah ketua kampung, malah ada juga ibu bapa yang datang ke sekolah untuk mengambil buku-buku berkenaan.

"Sebagai contoh PPD Ranau telah membuat penghantaran buku teks kepada pelajar asrama sekolah Menengah Agama Mohd Ali dan sekolah Menengah Kebangsaan Kundasang, bagi kemudahan pelajar berkenaan.

"Buku-buku berkenaan dapat membantu pelajar, yang tidak dapat mengikuti pembelajaran dalam talian disebabkan beberapa faktor, oleh itu pembelajaran luar talian menggunakan buku teks, buku rujukan dengan arahan daripada guru amat penting," katanya kepada Bernama.

Mistirine berkata, bagi memudahkan urusan penghantaran, PPD memohon surat kebenaran pegawai daerah untuk memasuki sekolah atau asrama, bagi menghantar buku teks ke kampung murid berkenaan.

Selain itu pelajar di sekolah pedalaman seperti di Pensiangan dan Nabawan, kerjasama serta bantuan daripada Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), dan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK), amat diharapkan untuk mengedarkan bahan-bahan pembelajaran yang telah disediakan, kerana akses ke beberapa buah kampung yang sukar.

Mistirine berkata, bahan-bahan pembelajaran untuk pelajar sekolah terlibat dikepilkan mengikut nama murid atau ibu bapa, sebelum dihantar ke kampung berkenaan, dan semakan pengambilan bahan itu disertakan bagi memudahkan MPKK.

Katanya, bagi kawasan yang berhampiran dengan zon merah kerana COVID-19, proses penghantaran buku teks dan buku latihan dilakukan, dengan kerjasama pihak berkuasa. - Bernama

Artikel Menarik:

'UPSR batal.. penilaian dilakukan dengan pelbagai kaedah lain' - Dr Mohd Radzi

Teks ucapan penuh Menteri Kanan Pendidikan, Dr Radzi Jidin

'Saya buat cara old school. Guna Whatsapp aje' - Guru lain boleh ikut cara Cikgu Ain tak pening

'Panduan langkah demi langkah bina Google Classroom sendiri berserta video' - Cikgu boleh cuba ni

Selamat datang Menteri Pendidikan baharu, ini biodatanya

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok