Maimunah (depan, tujuh dari kiri) dan Muhammad Nasir (depan, lapan dari kiri) bersama penganjur serta rakan strategik utama K-SEMANIS 23 pada Pelancaran Laman Sesawang K-SEMANIS 23 di Dewan Karangkraf pada Rabu.
Maimunah (depan, tujuh dari kiri) dan Muhammad Nasir (depan, lapan dari kiri) bersama penganjur serta rakan strategik utama K-SEMANIS 23 pada Pelancaran Laman Sesawang K-SEMANIS 23 di Dewan Karangkraf pada Rabu.

K-SEMANIS’23 platform perkongsian maklumat STEM

ROSHLAWATY MD RAIEH
06 Jul 2023 09:47am
A
A
A

Karnival - Seminar Menjana Aspirasi Naratif Inovasi STEM (K-SEMANIS)’23 yang bakal diadakan 9 hingga 10 Ogos nanti dilihat bakal menjadi medan perkongsian dan percambahan ilmu khususnya dalam bidang Sains, Matematik, Kejuruteraan dan Teknologi (STEM).

Selain itu, K-SEMANIS’23 juga dilihat menjadi wadah yang menyerlahkan bakat, kreativiti dan keyakinan warga pendidik.

Malah, ia juga dijadikan sebagai satu perkongsian ilmu dan kemahiran melalui amalan terbaik pengajaran dan pembelajaran selari dengan Pembelajaran Abad Ke-21 (PAK-21).

Menyedari kepentingan tersebut, laman sesawang K-SEMANIS’23 telah dilancarkan bertujuan menyebar luas maklumat penganjuran K-SEMANIS’23 yang akan berlangsung di Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Selangor Kampus Puncak Alam, Ogos nanti.

Pegawai Pendidikan Daerah, Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Klang, Selangor, Maimunah Mustaffa berkata, laman sesawang itu merupakan platform bagi membantu peserta mendapatkan maklumat, panduan dan penyertaan acara yang disediakan dalam K-SeMANIS’23.

“K-SEMANIS’23 yang akan dilaksanakan ini melibatkan warga pendidik termasuklah guru dan pelajar yang diberi peluang berkongsi hasil penyelidikan dan mencetuskan inovasi.

Maimunah
Maimunah

Artikel Berkaitan:

“Bersandarkan tema ‘Menjana Aspirasi Naratif Inovasi STEM’, memberi gambaran jelas bahawa pihak PPD Klang berada pada laluan yang betul dalam usaha meningkatkan daya saing dalam bidang pembangunan teknologi.

“Sehubungan itu, inisiatif untuk memupuk minat mereka dan menyerlahkan kemenjadian murid pastinya dapat direalisasikan melalui K-SEMANIS’23 sebagai salah satu wadah pemilihan pakej mata pelajaran STEM, kearah pembangunan teknologi yang lebih mampan,” ujarnya.

Beliau berkata demikian pada Pelancaran Laman Sesawang K-SEMANIS’23 di Dewan Karangkraf di sini pada Rabu anjuran bersama PPD Klang, UiTM Kampus Puncak Alam dan Kumpulan Karangkraf sebagai rakan media rasmi.

No Image Caption

Turut hadir, Penasihat Bersama Kumpulan Karangkraf, Datuk Muhammad Nasir Hamzah; Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah, Sektor Pembelajaran, PPD Klang, Sa'adah Kasiran; Dekan Fakulti Pendidikan UiTM, Profesor Madya Dr Sharipah Ruzaina Syed Aris dan Kurator mewakili Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perbadanan Adat Melayu dan Warisan Selangor, Abdullah Anas Abu Bakar.

Menurut Maimunah, K-SEMANIS’23 dapat membudayakan inisiatif penyelidikan dan inovasi STEM dalam kalangan warga pendidik dan bakal pendidik.

Ia juga mampu menyediakan asas yang realistik dalam penulisan penyelidikan, penulisan ilmiah dan reka bentuk inovasi secara berstruktur serta meningkatkan kompetensi dan membentuk budaya pembelajaran yang berkualiti dalam kalangan warga pendidik.

Muhammad Nasir
Muhammad Nasir

Sementara itu, Muhammad Nasir memuji laman sesawang K-SEMANIS’23 yang diyakini akan menjadi wahana perkongsian maklumat tentang pelbagai acara yang dipertandingkan, peraturan pertandingan dan kaedah penjurian.

Katanya, laman tersebut berupaya mencetuskan budaya berinovasi dalam kalangan masyarakat dan ia harus dimanfaatkan dengan sebaik mungkin.

Barisan rakan strategik yang terlibat dalam K-SEMANIS'23 nanti.
Barisan rakan strategik yang terlibat dalam K-SEMANIS'23 nanti.

INFO

Senarai rakan strategik K-SEMANIS'23

1) Royal Alloy Sdn Bhd

2) Bank Simpanan Nasional

3) Dataprep Holdings Bhd

4) Sugar Bomb

5) Rangkaian 99 Speedmart

6) Syarikat Nestle

7) Percetakan Nusamas

Senarai rakan media rasmi

1) Sinar Harian

2) Sinar Bestari

3) TVRZ dari Sekolah Menengah Kebangsaan (Perempuan) Raja Zarina, Pelabuhan Klang, Selangor

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok