1400845
1400845

Kadar BAP dinaikkan kepada RM150 bagi tahun 2022

Adlan Farhan Azwan
14 Jan 2022 12:24pm
A
A
A

PUTRAJAYA: Kadar Bantuan Awal Persekolahan (BAP) telah dinaikkan kepada RM150 berbanding RM100 pada tahun-tahun sebelumnya.

Menurut Kementerian Pendidikan (KPM), pengagihan BAP kepada murid yang bakal memasuki Tahun Dua hingga Tingkatan Lima pada 21 Mac 2022 bagi sesi persekolahan tahun 2022/2023 akan dilaksanakan mulai 17 Januari 2022.

Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Mohd Radzi Jidin berkata, agihan ini dibuat lebih awal bagi membolehkan persiapan untuk anak-anak dapat dibuat sebelum sesi persekolahan baharu bermula.

Baca juga Ujian saringan kendiri mingguan secara bergilir boleh dilakukan di rumah – Radzi Jidin

Baca juga KPM lanjut pengecualian sewaan kantin – Radzi

“KPM menyedari terdapatnya keperluan ibu bapa/penjaga untuk membuat persiapan awal anak-anak, khususnya bagi memulakan sesi persekolahan 2022/2023 pada 21 Mac 2022,” jelas beliau dalam satu kenyataan di laman Facebook hari ini.

Seramai tiga juta penerima BAP yang terdiri daripada pelajar Tahun Satu hingga Tingkatan Empat yang mempunyai pendapatan isi rumah RM3,000 ke bawah akan mendapat manfaat daripada bantuan ini.

Sementara itu, bagi murid Tahun Satu yang akan mula mendaftar masuk sekolah pada 21 Mac 2022, pemberian BAP akan dilaksanakan selepas proses pendaftaran selesai.

Ikuti juga kami di:

Instagram: https://www.instagram.com/gpsbestari/

Twitter: https://twitter.com/GPSBestari

Youtube: https://www.youtube.com/c/GPSBestariOfficial/ 

Pemberian BAP akan dibuat secara tunai atau dikredit ke akaun bank bagi murid yang mempunyai akaun bank.

Bagi pemberian secara tunai, pengagihan akan dilaksanakan di sekolah mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) yang dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan (KKM).

Sebelum ini, KPM telah menerima peruntukan BAP bagi tahun 2022 sepertimana yang diumumkan oleh Menteri Kewangan dalam Bajet 2022.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok