No Image Caption

Kadar keciciran murid menunjukkan trend penurunan

12 Oct 2023 09:39am



Statistik Kementerian Pendidikan (KPM) dari tahun 2019 hingga 2022 berkenaan kadar keciciran murid menunjukkan trend penurunan.

Timbalan Menteri Pendidikan, Lim Hui Ying berkata, kadar keciciran murid peringkat rendah menurun daripada 0.12 peratus pada 2019 kepada 0.07 peratus pada 2022.

Manakala, bagi peringkat menengah pula, Hui Ying memaklumkan, kadar keciciran menurun daripada 1.14 peratus pada 2019 kepada 0.99 peratus pada 2022.

Begitupun, bagi tahun 2023, KPM akan memuktamadkan data kadar keciciran murid selepas menerima maklumat enrolmen dari agensi selain KPM.

“Bagi tempoh 2019 hingga 2022, pada peringkat sekolah rendah keciciran murid yang melibatkan Tahun Tiga, Tahun Empat dan Tahun Enam menunjukkan peningkatan.

”Manakala Tahun Dua dan Tahun Lima menunjukkan tiada keciciran murid dan penurunan dalam tempoh tersebut.

“Pada peringkat sekolah menengah pula, berlaku peningkatan kadar keciciran murid bagi Tingkatan Dua dalam tempoh tahun 2019 hingga 2022,” katanya semasa menjawab pertanyaan lisan Lee Chean Chung (PH- Petaling Jaya) di sidang Parlimen pada Rabu.

Beliau juga pada masa yang sama menyatakan terdapat penurunan kadar keciciran yang melibatkan Tingkatan Tiga, Tingkatan Empat dan Tingkatan Lima.

Artikel Berkaitan:


Tambah beliau, antara sebab utama murid berhenti adalah tidak berminat ke sekolah, bekerja, masalah keluarga, berkahwin dan sukar ke sekolah disebabkan faktor jarak. - AWANI

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp