Skil yang ada dalam diri Muhammad Zuhaily banyak membantunya membina masa depan yang lebih baik.
Skil yang ada dalam diri Muhammad Zuhaily banyak membantunya membina masa depan yang lebih baik.

Kejayaan graduan IKM Lumut jadi inspirasi pelajar!

23 Jul 2024 11:25am

Pelajar aliran Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) diakui mempunyai kemahiran luar biasa dalam dirinya.

Dikatakan, kemahiran yang diperoleh mereka (pelajar) itu adalah menerusi pelbagai cabang seperti pembelajaran di institut kemahiran, pengalaman praktikal, pengetahuan terkini, kemahiran khusus, kerjasama dengan industri dan lain-lain.

Alumni Institut Kemahiran Mara (IKM) Lumut, Perak pada tahun 2017, Muhammad Zuhaily Akmal Amran antara graduan yang kini seorang usahawan berjaya dalam bidang baikpulih badan kenderaan.

Beliau yang telah mengikuti program Sijil Teknologi Baikpulih Badan Kenderaan di IKM Lumut begitu meminati dan sangat berbakat dalam bidang pengecatan dan baikpulih badan kenderaan.

Menerusi Facebook IKM Lumut [Official Pages], Muhammad Zuhaily tidak perlu mengambil masa yang lama untuk mendapatkan pekerjaan.

“Beliau terus bekerja di sebuah bengkel cat kereta selama setahun setengah, menimba pengalaman berharga dan memantapkan kemahiran sedia ada.

No Image Caption

“Selepas itu, Muhammad Zuhaily telah mengambil keputusan berani untuk membuka perniagaan bengkel cat keretanya sendiri,” tulis catatan itu.

Artikel Berkaitan:

Bagaimanapun, perjalanan sebagai usahawan bukanlah semudah yang disangkakan.

Muhammad Zuhaily terpaksa menghadapi persaingan sengit daripada bengkel-bengkel berdekatan yang menawarkan harga lebih rendah.

Namun, perkara itu tidak sesekali membuatkan dia putus asa, sebaliknya Muhammad Zuhaily gigih mencari jalan lain untuk terus maju.

Sambung catatan IKM Lumut itu, Muhammad Zuhaily telah bekerja sebagai Juruteknik di sebuah kilang.

Di waktu malam, jejaka ini meneruskan minatnya dengan mengecat badan motosikal sebagai kerja sampingan dan mendapat sambutan hangat.

No Image Caption



Dalam sebulan, beliau mampu mengecat lebih kurang lima buah motosikal dan kebanyakan pelanggan datang dari kawasan berdekatan serta dari jauh.

Kisah Muhammad Zuhaily jelas membuktikan bidang kemahiran mampu menjanjikan kehidupan sangat baik selepas tamat pengajian.

Kepada adik-adik terutamanya lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), contohilah semangat, kegigihan, ketekunan dan keyakinan diri yang ada dalam diri Muhammad Zuhaily.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp