Kumpulan pelajar cemerlang SPM 2023 dari Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Naim Lilbanat.
Kumpulan pelajar cemerlang SPM 2023 dari Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Naim Lilbanat.

Kelantan beri sagu hati RM500 kepada pelajar dapat 9A SPM

HAZELEN LIANA KAMARUDINHAZELEN LIANA KAMARUDIN
29 May 2024 03:53pm
A
A
A

Kerajaan Kelantan akan memberikan sagu hati sebanyak RM500 kepada pelajar di negeri ini yang memperoleh keputusan 9A ke atas dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023.

Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi, Teknologi Hijau, Digital dan Inovasi, Wan Roslan Wan Hamat berkata, sumbangan tersebut akan diuruskan oleh Yayasan Islam Kelantan (YIK) bermula 2 hingga 16 Jun ini.

"Pelajar bukan kelahiran Kelantan yang menduduki peperiksaan di Kelantan turut layak menerima kerana mereka telah menaikkan nama negeri menerusi keputusan cemerlang.

"Pelajar yang cemerlang dalam Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) yang memperoleh keputusan Mumtaz akan turut diberikan sagu hati," katanya semasa sidang akhbar selepas Mesyuarat Exco di Kota Darulnaim, Kelantan pada Rabu.

Wan Roslan
Wan Roslan

Menurut beliau, pelajar Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) yang mendapat 5 prinsipal juga akan menerima sumbangan tersebut.

Wan Roslan memberitahu, anak-anak kelahiran Kelantan yang berada di luar negeri ini akan turut diberikan sagu hati jika mendapat keputusan sebagaimana syarat ditetapkan.

Ujarnya, maklumat tersebut boleh didapati di laman sesawang Yayasan Islam Kelantan.

Artikel Berkaitan:

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok