UNITAR
UNITAR

Kemahiran perlu seiring dengan kelulusan

Norliza Wasilan
26 Sep 2022 12:13pm
A
A
A

Senario semasa yang semakin kompetitif telah membuka mata, segulung ijazah tanpa kemahiran bukan lagi jaminan mendapat pekerjaan serta gaji lumayan.

Namun, janganlah disebabkan keadaan itu, masyarakat terutama pelajar berfikiran bahawa pendidikan tinggi tidak lagi penting.

Ini kerana, tahap kelulusan dan penguasaan kemahiran mesti seiring untuk membina serta mengukuhkan kerjaya pada masa hadapan.

Kelebihan memiliki kemahiran sudah tentu boleh menjadi nilai tambah untuk melangkah lebih jauh dalam bidang diceburi.

Gambar hiasan. Foto/Pexels.

Pada masa sama, juga perlu membuktikan tahap kelayakan akademik sama ada dalam bentuk sijil, diploma ataupun ijazah bagi menyokong kemahiran itu.

Ini kerana, banyak syarikat swasta mahupun sektor awam yang menekankan aspek kelulusan pendidikan bagi tujuan itu.

Menyedari tidak semua dapat melanjutkan pengajian, kerajaan dan institusi pengajian tinggi awam dan swasta (IPT/IPTS) di negara ini telah menyediakan pelbagai usaha menawarkan kursus kemahiran termasuk jangka pendek bagi membantu golongan itu.

Ini dilakukan bertujuan menarik minat mereka yang mempunyai pencapaian minimum dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) melanjutkan pelajaran dalam bidang kemahiran seterusnya memasuki pasaran pekerjaan.

Berikut adalah antara beberapa IPT/IPTS yang menawarkan kursus kemahiran.

Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA)

1. Kolej Komuniti

Kolej Komuniti adalah institusi yang terletak di bawah Jabatan Pengajian Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK), Kementerian Pengajian Tinggi (KPT). Institusi ini berperanan melahirkan pekerja mahir dalam bidang Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) antaranya perdagangan, mekanikal, elektrikal serta bidang lain yang mempunyai permintaan tinggi untuk lepasan SPM atau yang setaraf dengannya di seluruh Malaysia. Berikut antara senarai Kolej Komuniti dan program ditawarkan.

Kolej Komuniti Sabak Bernam, Selangor

Sijil Sistem Komputer Dan Sokongan

Sijil Teknologi Elektrik (Pemasangan Dan Perkhidmatan)

Sijil Teknologi Elektrik

Sijil Rangkaian Komputer

Sijil Fesyen dan Pakaian

Kolej Komuniti Ampang, Selangor

Menawarkan Sijil Teknologi Telekomunikasi

Kolej Komuniti Jempol, Negeri Sembilan

Sijil Teknologi Seni Bina

Sijil Teknologi Elektrik

Sijil Servis Kenderaan Ringan.

Kolej Komuniti Bukit Beruang, Melaka

Sijil Pemasangan Elektrik

Sijil Servis Kenderaan Ringan

Sijil Kulinari

Sijil Operasi Perhotelan

Kolej Komuniti Arau, Perlis

Sijil Sistem Komputer dan Rangkaian

Sijil Teknologi Senibina

Sijil Teknologi Elektrik

Sijil Fesyen Pakaian

Sijil Pemprosesan dan Kawalan Mutu Makanan

Kolej Komuniti Kepala Batas, Pulau Pinang

Sijil Animasi 2D

Sijil Teknologi Maklumat

Sijil Teknologi Peranti Mudah Alih

Sijil Teknologi Pembuatan

Sijil Teknologi Telekomunikasi.

2. Politeknik Sultan Ibrahim, Johor

Sijil Kemahiran Rekabentuk Fesyen dan Pakaian

Sijil Kemahiran Rekabentuk Grafik

Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS)

1. Universiti Antarabangsa Unitar (UNITAR)

Sijil Pengajian Perniagaan

Pelajar yang mempunyai minima satu kredit dalam SPM atau lebih, atau yang setarafnya layak memohon. Tempoh pengajian empat semesta ataupun setahun empat bulan.

Sijil Pengajian Perniagaan - Dalam Talian

Bidang ini mempersiapkan diri pelajar untuk menguasai bidang perniagaan dan perakaunan. Tempoh pengajian mengambil masa setahun empat bulan atau empat semesta. Syarat kelayakan untuk memohon ialah minima satu kredit dalam SPM atau lebih, atau setaraf dengannya. Kaedah pembelajaran adalah secara atas talian.

Sijil Seni dan Reka Bentuk

Pelajar mempunyai minima satu kredit dalam SPM atau lebih, atau yang setarafnya layak memohon untuk mengikuti program ini yang mengambil masa selama empat semester atau setahun empat bulan. Program ini mendedahkan pelajar mengenai kemahiran asas pengetahuan gunaan dan teknikal yang mantap dalam bidang reka bentuk termasuk grafik, ilustrasi, tekstil dan rekaan fesyen, reka bentuk dalaman serta reka bentuk perindustrian dan seni halus.

Artikel berkaitan

UTeM miliki kepakaran dalam HVAC, kini bersedia kongsi kemahiran dengan pihak berkaitan

Perluas program vokasional, beri kemahiran kepada lepasan PT3

Ameera cemerlang di The University of Edinburgh, raih ijazah kelas pertama dan pingat pencapaian


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok