Kredit foto: Unsplash
Kredit foto: Unsplash

Keputusan Pentaksiran Alternatif Sekolah Menengah 21 Mac ini

ROSHLAWATY MD RAIEH
15 Mar 2023 09:12am
A
A
A

Keputusan Pentaksiran Alternatif Sekolah Menengah (PASM) tahun 2022 bagi murid berkeperluan pendidikan khas (MBPK) akan dikeluarkan 21 Mac ini.

Kementerian Pendidikan (KPM) dalam kenyataan media pada Selasa memaklumkan, seramai 3,667 MBPK dari 730 buah sekolah di seluruh negara menamatkan persekolahan bagi sesi akademik 2022/2023.

“Mereka layak dianugerahi Sijil Alternatif Sekolah Menengah (SASM) dan sijil berkenaan boleh didapati di sekolah masing-masing mulai pukul 10 pagi pada tarikh tersebut.

“KPM sentiasa komited untuk terus memastikan ekuiti dan kesamarataan pendidikan terjamin seperti yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013–2025,” ujar kenyataan itu.

INFO

  • PASM merupakan pentaksiran yang direka bentuk khusus untuk MBPK.
  • MBPK di sekolah menengah yang tidak menduduki Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3); Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau Sijil Vokasional Malaysia (SVM) boleh menduduki PASM dan memperoleh SASM.
  • Artikel Berkaitan:

  • Sesuai dengan kumpulan MBPK, PASM mempunyai tujuan istimewa iaitu untuk mengesan kebolehan (tapping into abilities) murid.
  • Pentaksiran ini mengaplikasi model Environment-Reaction-Recognition-Acknowledgement (ERRA) dan membawa ciri-ciri pentaksiran formal yang holistik, bersepadu dan berpusatkan murid.
  • Pembinaan instrumen PASM yang dipanggil Environment Based Assessment Instrument (EBAI) adalah berasaskan standard yang mengambil kira ciri keterangkuman, keterbukaan dan keautentikan.
  • Pentaksiran menggunakan EBAI meraikan kepelbagaian daripada segi pentaksir, instrumen dan reaksi yang dapat direkod sebagai eviden (tanda-tanda) kepada kebolehan MBPK.
  • PASM dilaksanakan secara berterusan dan sistematik dengan berbantukan teknologi bermula daripada pendaftaran sehinggalah pensijilan MBPK.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok