HomeBuletinKeputusan permohonan kemasukan ke UA dan IPTA akan diumum esok

Artikel Berkaitan

Keputusan permohonan kemasukan ke UA dan IPTA akan diumum esok

Keputusan permohonan bagi kemasukan ke universiti awam (UA), politeknik, kolej komuniti (KK) dan institusi latihan kemahiran awam (ILKA) sesi akademik 2021/2022 bagi program pengajian lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) akan diumum esok.

Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan hari ini berkata, semakan keputusan boleh dibuat secara dalam talian mulai jam 12 tengah hari 16 Julai 2021 melalui lima pautan.

“Pautan itu ialah https://jpt.utm.edu.my; https://jpt.uum.edu.my; https://jpt.unimas.edu.my; https://jpt.ums.edu.my dan https://jpt.umt.edu.my.

“Pengesahan persetujuan menerima tawaran dan surat tawaran pula boleh dicetak mulai 17 hingga 26 Julai 2021 di laman web IPTA dan ILKA,” katanya.

Menurut kenyataan itu lagi, surat tawaran rasmi akan dikeluarkan oleh IPTA dan ILKA kepada calon yang berjaya mulai 17 Julai 2021 setelah mereka membuat pengesahan setuju terima tawaran dalam tempoh 10 hari seperti yang dinyatakan.

“Hanya pemohon yang gagal dan mendapat tawaran program Sijil sahaja boleh mengemukakan permohonan rayuan melalui UPUOnline bagi kemasukan ke UA dan politeknik di https://upu.mohe.gov.my dalam tempoh 11 hari mulai 16 hingga 26 Julai 2021 manakala rayuan ke KK dan ILKA boleh dimajukan terus ke institusi berkenaan tanpa melalui UPUOnline.

“Tawaran tempat bagi sesi akademik 2021/2022 adalah muktamad. Sebarang permohonan pertukaran tidak dibenarkan dan dasar pemilihan rayuan pelajar adalah tertakluk kekosongan tempat yang ditawarkan mengikut program pengajian selepas pendaftaran pelajar baharu selesai dilaksanakan,” katanya.

Sebarang pertanyaan, boleh menghubungi talian 03-88706767/6769/6121/6829/6751/6774, emel ke [email protected] atau melayari laman sosial Facebook: KemasukanBPKP JPT, Instagram: @KEMASUKANBkpa, sistem maklum balas di https://jpt.mohe.gov.my/maklumbalas/ dan UPUChat.

Artikel Terkini