enam
enam

Keputusan tawaran ke Tingkatan 6 diumum 7 Julai ini

Nor Azma  Muhamat Laila
03 Jul 2022 01:40pm
A
A
A

PUTRAJAYA - Keputusan tawaran bagi kemasukan ke Tingkatan Enam bagi Semester 1 tahun ini akan diumumkan pada 7 Julai depan.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan Kementerian Pendidikan (KPM), pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021 boleh membuat semakan keputusan tawaran dan pendaftaran kemasukan ke Tingkatan Enam tahun 2022 menerusi aplikasi dalam talian Tingkatan Enam melalui pautan https://sst6.moe.gov.my/.

"Bagi pelajar lepasan SPM 2021 yang tidak mempunyai capaian internet, boleh menyemak keputusan tawaran melalui sekolah asal masing-masing.

"Pelajar yang tidak menerima tawaran ke Tingkatan Enam boleh mengemukakan permohonan rayuan secara dalam talian melalui pautan https://sst6.moe.gov.my/ mulai 7 hingga 24 Julai 2022 atau melalui sekolah masing-masing," ujar kenyataan itu.

Tambah KPM lagi, keputusan permohonan rayuan kemasukan ke Tingkatan Enam Semester 1 akan dimaklumkan pada 1 Ogos 2022 melalui portal yang sama, manakala bagi pelajar yang tidak mempunyai capaian internet, keputusan permohonan rayuan akan dimaklumkan oleh pihak sekolah pada tarikh yang sama.

"Pelajar yang ditawarkan ke Tingkatan Enam perlu melapor diri pada 25 Julai 2022 di kolej atau Pusat Tingkatan Enam yang dinyatakan dalam surat tawaran manakala bagi ambilan rayuan, tarikh lapor diri adalah pada 2 Ogos 2022," jelasnya.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok