Rubiah ketika berucap pada Majlis Graduasi Kolej KEDA ke-12 pada Ahad.
Rubiah ketika berucap pada Majlis Graduasi Kolej KEDA ke-12 pada Ahad.

Kolej KEDA lahir 152 graduan tahfiz

Peruntukkan RM175,000 untuk pengajian Tahfiz TVET@Kolej KEDA 3.0

NURUL HIDAYAH HAMIDNURUL HIDAYAH HAMID
14 Jul 2024 10:43pm
A
A
A

Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) menerusi Kolej Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) komited untuk melahirkan graduan tahfiz berkemahiran menerusi Pengajian Tahfiz TVET@Kolej KEDA 3.0.

Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Rubiah Wang berkata, KEDA memperuntukkan RM312,000 bagi tujuan itu membabitkan 152 penuntut dari 15 pusat tahfiz terpilih di negeri ini sejak 2021.

Menurut Rubiah, sebanyak RM175,000 diperuntukkan kepada Tahfiz TVET@Kolej KEDA 3.0 membabitkan 80 penuntut dari 10 pusat tahfiz pada tahun ini.

“Program Tahfiz TVET@Kolej KEDA 2.0 bermula pada Julai hingga Disember 2023 dengan 30 penuntut dari enam pusat tahfiz,” katanya ketika sidang akhbar sempena Majlis Graduasi Kolej KEDA ke-12 di Dewan Konvokesyen Universiti Antarabangsa Albukhary, Alor Setar, Kedah pada Ahad.

Rubiah berkata, pengajian Tahfiz TVET@Kolej KEDA adalah sebuah program kemahiran jangka pendek yang dirangka secara khusus kepada penuntut tahfiz dalam menyediakan modal insan berkemahiran untuk mengharungi alam pekerjaan kelak.

Katanya, tempoh bagi program ini adalah selama enam bulan menggunakan modul dirangka secara modular agar latihan diberikan lebih berkesan.

“Kemudahan percuma kepada penuntut turut disediakan seperti peralatan dan bahan pembelajaran, makan minum dan penginapan,” katanya.

Sementara itu, penerima Anugerah Tokoh Graduan Terbaik 2022, Muhammad Muzzakir Salleh, 24, bersyukur dan bertuah kerana berpeluang melanjutkan pelajaran di Kolej KEDA.

Muhammaz Muzzakir menerima Anugerah Tokoh Graduan Terbaik 2022.
Muhammaz Muzzakir menerima Anugerah Tokoh Graduan Terbaik 2022.

Menurut graduan Teknologi Penyejukbekuan dan Penyaman Udara ini, Kolej KEDA dilengkapi infrastruktur dan peralatan terkini bagi memudahkan mereka menjalani latihan.

Beliau yang juga pegawai penilai di Institut Kemahiran Tinggi di Jerantut, Pahang, merancang melanjutkan pelajaran sambil bekerja di peringkat ijazah selepas ini.

Manakala, penerima Tokoh Akademi Terbaik 2019 dan 2020, Shuhaili Romzi, 25, berkata, teknologi kulinari memiliki bengkel dan kemudahan lengkap untuk pelajar.

Shuhaili (tengah) bergambar bersama ahli keluarganya selepas Majlis Graduasi Kolej KEDA ke-12.
Shuhaili (tengah) bergambar bersama ahli keluarganya selepas Majlis Graduasi Kolej KEDA ke-12.

Terdahulu, seramai 593 graduan dari 2019 hingga 2023 akan menerima sijil masing-masing pada majlis berkenaan.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok