Rusmini (tengah) bergambar kenangan bersama pemenang dan peserta pertandingan yang dianjurkan sempena Karnival Bahasa Kebangsaan KPM 2024 di Auditorium Kompleks E, Putrajaya.
Rusmini (tengah) bergambar kenangan bersama pemenang dan peserta pertandingan yang dianjurkan sempena Karnival Bahasa Kebangsaan KPM 2024 di Auditorium Kompleks E, Putrajaya.

KPM angkat martabat bahasa Melayu

Kolaborasi bersama Sinar Bestari anjur Karnival Bahasa Kebangsaan 2024

AZLEENDA SAHALUDINAZLEENDA SAHALUDIN
14 Aug 2024 03:35pm

Karnival Bahasa Kebangsaan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) 2024, melabuhkan tirainya Jumaat lalu, setelah berlangsung selama tiga hari bermula 7 hingga 9 Ogos 2024.

Karnival yang dianjurkan sempena Bulan Kebangsaan itu bertujuan mengangkat dan memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan khususnya dalam kalangan warga kerja serta kakitangan KPM.

Menjadikan Sinar Bestari sebagai rakan kolaborasi, Karnival Bahasa Kebangsaan KPM 2024 menjalankan pelbagai pertandingan dan aktiviti menarik sepanjang tiga hari penganjurannya.

Timbalan Pengarah Sektor Pembangunan dan Kecemerlangan Sukan, Kokurikulum dan Kesenian menjalankan tugas Pengarah Bahagian Sukan, Kokurikulum dan Kesenian (BSKK) KPM, Ithnin Mahadi berkata, sambutan dalam kalangan pegawai KPM menggalakkan lebih-lebih lagi penyertaan yang ramai menerusi pelbagai pertandingan sempena karnival ini.

“Saya mengucapkan terima kasih kepada Sinar Bestari di atas kesudiannya berkolaborasi bersama BSKK KPM bagi menjayakan karnival pada tahun ini.

“Saya lihat sambutan dalam kalangan pegawai KPM amat menggalakkan dan berharap program ini memberi impak besar terutamanya memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa yang diminati semua, khususnya di KPM,” katanya.

No Image Caption

Majlis Perasmian Penutupan Karnival Bahasa Kebangsaan KPM 2024 telah dirasmikan oleh Pengarah Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK) yang menjalankan tugas Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia (Sektor Dasar dan Kurikulum), KPM, Dr Rusmini Ku Ahmad di Auditorium Kompleks E, Putrajaya.

Artikel Berkaitan:

Pendedahan bidang media

Penolong Pengarah BSKK, KPM, Illy Nadia Barudin berkata, bukan hanya warga kerja KPM, malah murid-murid TV Pusat Sumber Sekolah (PSS) juga mendapat manfaat daripada karnival yang dianjurkan itu.

“Kita bawa murid-murid TV PSS untuk memberikan pendedahan kepada mereka tentang media dan bahasa Melayu.

“Mereka juga boleh menyaksikan secara langsung bakat terpendam warga kerja KPM dalam menyampai berita dan menjadi pengacara,” ujarnya.

Rusmini
Rusmini

Sementara itu, Ketua Pengarang Kumpulan Sinar Harian, Zamri Rambli melihat Karnival Bahasa Kebangsaan KPM 202 sebagai satu program lain daripada yang lain.

“Selalunya kita lihat bakat terpendam dalam kalangan pelajar, namun kali ini berbeza sebab dapat menyaksikan bakat-bakat warga kerja KPM terutamanya bagi pertandingan Pembaca Berita dan Pengacara Idola.

“Saya lihat ramai pegawai dan kakitangan KPM yang ambil peluang untuk terlibat, sekali gus bersama-sama memeriahkan sambutan karnival tahun ini,” katanya.

Rusmini (tiga dari kiri) bersama tiga pemenang utama Pertandingan Penyampai Berita Idola.
Rusmini (tiga dari kiri) bersama tiga pemenang utama Pertandingan Penyampai Berita Idola.

Editor Eksekutif Lifestyle Sinar Harian, Meen Tahrin pula berkata, kerjasama antara BSKK KPM dan Sinar Bestari dilihat sebagai satu kolaborasi baharu apatah lagi jenama Sinar Bestari itu merupakan sisipan pendidikan Sinar Harian.

“Ini merupakan kerjasama pertama antara BSKK KPM dan Sinar Bestari sertadiharapkan dapat bekerjasama lagi pada masa akan datang,” katanya.

No Image Caption



Ithnin (enam dari kanan), Zamri (tujuh dari kanan) dan Meen Tahrin (tiga dari kiri) bersama pemenang Pertandingan Pengacara Idola sempena Karnival Bahasa Kebangsaan KPM 2024.
Ithnin (enam dari kanan), Zamri (tujuh dari kanan) dan Meen Tahrin (tiga dari kiri) bersama pemenang Pertandingan Pengacara Idola sempena Karnival Bahasa Kebangsaan KPM 2024.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp