Kredit foto: Pexels
Kredit foto: Pexels

KPM arah hentikan budaya mempersenda agama di sekolah

FIRDAUS HANAFI MOHD ZAINFIRDAUS HANAFI MOHD ZAIN
10 Feb 2023 06:49pm

Kementerian Pendidikan (KPM) hari ini mengarahkan supaya budaya mempersenda agama di sekolah segera dihentikan susulan video yang tular di Facebook baru-baru ini berkaitan guru meminta muridnya menukar agama.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan, KPM telah mendapat maklum balas awal Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JPWPKL) berhubung insiden itu.

Jadikan sekolah sebagai sebuah tempat yang aman. Kredit foto: Pexels
Jadikan sekolah sebagai sebuah tempat yang aman. Kredit foto: Pexels



Menurut kenyataan itu lagi, siasatan awal telah dibuat KPM bagi mendapatkan maklumat yang sahih.

Katanya, isu agama tidak boleh dijadikan bahan persendaan kerana itu boleh menggugat keharmonian kaum serta keamanan negara.

Ujarnya, mereka mengambil serius isu itu dan akan mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak yang didapati melakukan kesalahan sedemikian.

“Sehubungan itu, siasatan lanjut dan tindakan sewajarnya akan diambil terhadap mana-mana pihak yang didapati mempersendakan kaum atau agama.

“KPM juga akan beri kerjasama yang sepenuhnya kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) serkiranya terdapat laporan polis yang dibuat berhubung isu tersebut,” ujarnya.

Artikel Berkaitan:

Dalam masa yang sama, KPM menjelaskan mereka tidak akan berkompromi dalam hal-hal yang melibatkan pengurusan sekolah khususnya perkara yang boleh menggugat perpaduan kaum dan agama.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp