Kah Woh (tiga, kiri) beramah mesra bersama pengunjung pada sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia Peringkat Daerah Larut Matang dan Selama 2025 di Dataran Warisan Taiping pada Sabtu.
Kah Woh (tiga, kiri) beramah mesra bersama pengunjung pada sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia Peringkat Daerah Larut Matang dan Selama 2025 di Dataran Warisan Taiping pada Sabtu.

KPM laksana budaya sifar toleransi tangani isu buli di sekolah

13 Sep 2025 11:51pm

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) melaksanakan budaya sifar toleransi terhadap sebarang kejadian buli di sekolah, kata Timbalan Menterinya, Wong Kah Woh.

Beliau berkata, KPM mempunyai garis panduan menerusi Surat Pekeliling Ikhtisas berkaitan prosedur yang telah ditetapkan bagi menangani kes buli dengan sewajarnya.

"Bagi saya usaha untuk membanteras gejala buli bukan usaha pada sesuatu masa sahaja tetapi ia satu usaha berpanjangan.

"Kerjasama daripada KPM, Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah termasuk ibu bapa dan masyarakat memainkan peranan yang sangat penting supaya kejadian buli dapat dibanteras pada semua peringkat," kata beliau.

Kah Woh yang juga Ahli Parlimen Taiping berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia peringkat Daerah Larut, Matang dan Selama Tahun 2025.

Kira-kira 5,000 orang terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat hadir memeriahkan sambutan berkenaan yang diadakan di Dataran Warisan Taiping pada Sabtu. - Bernama

 

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Kementerian Pendidikan melaksanakan budaya sifar toleransi terhadap buli sekolah
  • Timbalan Menteri, Wong Kah Woh, menyatakan KPM mempunyai garis panduan menerusi Surat Pekeliling Ikhtisas untuk menangani kes buli
  • Usaha membanteras buli adalah berpanjangan dan memerlukan kerjasama pelbagai pihak
  • Kerjasama itu termasuk dari KPM, Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah, ibu bapa, dan masyarakat
  • Wong Kah Woh menyatakan ini selepas perasmian Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia di Taiping
Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp