Minggu Solidariti Palestin adalah kesinambungan penerapan nilai-nilai murni berteraskan sikap hormat-menghormati, kasih sayang, bertanggungjawab dan kegembiraan seperti terkandung dalam Pendidikan Sivik di sekolah.
Minggu Solidariti Palestin adalah kesinambungan penerapan nilai-nilai murni berteraskan sikap hormat-menghormati, kasih sayang, bertanggungjawab dan kegembiraan seperti terkandung dalam Pendidikan Sivik di sekolah.

KPM laksana Minggu Solidariti Palestin mulai 29 Oktober hingga 3 November 2023

26 Oct 2023 05:26pm

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menyahut pendirian kerajaan Malaysia untuk terus bersama-sama mempertahankan hak dan kebebasan rakyat Palestin.

Sokongan ini adalah satu bentuk solidariti terhadap nilai kemanusiaan yang mementingkan kedamaian dan keamanan sejagat.

Justeru, mengambil kira perkembangan situasi semasa, KPM akan melaksanakan Minggu Solidariti Palestin di institusi bawah kendaliannya termasuk Kolej Vokasional, Kolej Matrikulasi dan Institut Pendidikan Guru (IPG) bermula pada 29 Oktober hingga 3 November depan.

“Minggu Solidariti Palestin adalah kesinambungan penerapan nilai-nilai murni yang berteraskan sikap hormat-menghormati, kasih sayang, bertanggungjawab dan kegembiraan seperti yang terkandung dalam Pendidikan Sivik di sekolah.

“Selain itu, menerusi penganjuran program ini murid-murid turut diberi pendedahan kepada Elemen Merentas Kurikulum (EMK) khususnya yang berkaitan dengan kelestarian global,” kata KPM dalam satu kenyataan pada Khamis.

Artikel Berkaitan:

Tambah kementerian tersebut, pelbagai aktiviti akan dilaksanakan sepanjang program ini dan akan disesuaikan berdasarkan kepada garis panduan sedia ada, sekolah dan kumpulan murid terlibat.

Ujarnya, aktiviti kerohanian seperti solat hajat dan bermunajat hanya akan melibatkan murid-murid beragama Islam sahaja.

“KPM sentiasa berusaha memupuk nilai kemanusiaan dan mencintai keamanan sejagat dalam kalangan murid-murid agar sentiasa cakna dan responsif terhadap isu semasa,” ujarnya.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp