Kah Woh
Kah Woh

KPM mungkin ubah tarikh pengumuman keputusan SPM 2023

ROSHLAWATY MD RAIEH
10 May 2024 01:59pm
A
A
A

Pelbagai pandangan dilontarkan semua pihak khususnya dalam kalangan warga pendidik mengenai tarikh pengumuman peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Tahun 2023, 27 Mei ini.

Masing-masing memberikan alasan tersendiri kenapa 27 Mei kurang sesuai untuk keputusan itu dikeluarkan.

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memaklumkan, pihaknya mungkin akan meminda tarikh tersebut kepada suatu tarikh lain.

Menurut Timbalan Menteri Pendidikan, Wong Kah Woh, KPM mendengar pandangan daripada pihak berkepentingan termasuk daripada guru-guru seperti yang KPM praktikkan apabila melaksanakan sesuatu polisi baharu.

“Semua pendapat dalam pertimbangan KPM dan kita akan berikan kenyataan rasmi jika ada perubahan tarikh," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita di Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) Maahad Al-Khair Lil Banat di Kamunting, Perak sempena lawatan kerjanya ke tujuh sekolah sekitar bandar Taiping dan Kamunting, pada Jumaat.

Artikel Berkaitan:

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok