1262077
1262077

KPM sediakan garis panduan, elak murid terus tercicir

Adlan Farhan Azwan
06 Dec 2021 01:58pm
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kementerian Pendidikan (KPM ) amat prihatin dan sentiasa mengambil langkah untuk menyelesaikan dan memastikan penurunan kadar keciciran dalam kalangan murid.

Sepanjang tempoh Mac 2020 sehingga Julai 2021, seramai 21,316 murid telah tercicir daripada pelajaran.

Timbalan Menteri Pendidikan, Senator Datuk Dr Mah Hang Soon berkata, pada tahun 2018, angka keciciran dalam kalangan murid adalah sebanyak 34,074 orang.

Bermaksud, angka tersebut adalah lebih tinggi jika dibandingkan dengan angka yang diberikan dalam jawapan kepada Ahli Parlimen Kangar tempoh hari.

KPM telah menyediakan langkah bagi memastikan kejayaan dalam penurunan kadar keciciran ini.

BACA JUGA: Lebih 21,000 pelajar berhenti sekolah, Dr Maszlee luah rasa terkilan

BACA JUGA: Tular keluhan mengenai layanan terhadap guru enggan vaksin, Dr Maszlee mohon KPM jalankan siasatan

“Pertama adalah menggerakkan pihak sekolah, Pejabat Pendidikan Daerah (PPD), Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) untuk mengesan murid yang tidak hadir semasa Proses Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) dan semasa sesi pembelajaran di sekolah.

“Kedua, menyediakan perkhidmatan bimbingan dan sokongan psikososial melalui pelbagai kaedah.

“Ketiga, mengadakan perbincangan di antara pihak sekolah dengan ibu bapa atau penjaga murid untuk mengenal pasti sebab dan langkah-langkah yang boleh diambil untuk menangani murid yang kurang minat untuk belajar,” kata beliau.

Pada waktu yang sama, KPM juga melaksanakan intervensi murid risiko cicir pengajaran dan pembelajaran di peringkat JPN dan PPD. Intervensi ini melibatkan sektor pengurusan pembelajaran, sektor pengurusan sekolah, pembangunan murid dan sebagainya.

Ikuti GPSBestari di Twitter dan Facebook

“Ini juga melibatkan fokal ‘person’ Penglibatan Ibu Bapa, Komuniti dan Swasta (PIBKS). Selain daripada itu, kita juga menyediakan garis panduan mengurus murid berisiko cicir di sekolah (GPMBC) sebagai rujukan JPN, PPD dan sekolah.

“KPM turut menyedikan manual pengurusan pencegahan dan intervensi murid cicir. Inilah langkah-langkah yang kita telah ambil,” ujar Hang Soon ketika persidangan di dewan rakyat hari ini.

Kenyataan tersebut dibuat bagi menjawab persoalan yang dibangkitkan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq yang bertanyakan tentang usaha kerajaan bagi membendung masalah besar ini daripada terus berlaku.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok