152456
152456

Lebih 21,000 pelajar berhenti sekolah, Dr Maszlee luah rasa terkilan

Adlan Farhan Azwan
06 Dec 2021 01:50pm
A
A
A

SHAH ALAM - Ahli Parlimen Simpang Renggam, Dr Maszlee Malik meluahkan rasa terkilan dan terkejut apabila mendapat tahu seramai 21,316 pelajar di negara ini telah berhenti sekolah sejak Mac 2020 hingga Julai tahun ini.

Beliau memuat naik lampiran jawapan bertulis Menteri Kanan Pendidikan, Senator Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin sebagai respons soalan yang dibangkitkan Ahli Parlimen Kangar, Noor Amin Ahmad di Parlimen pada pagi semalam.

“Apakah yang telah berlaku kepada Malaysia?

[embed][/embed]

“Ya ALLAH, selamatkanlah negara dan bangsaku daripada ketidaktentuan masa hadapan dek kebobrokan para penguasa yang 'jadong' (gabungan perkataan jahat, bodoh dan sombong),” katanya melalui laman Twitter beliau.

Lampiran yang dimuat naik adalah jawapan bertulis kepada persoalan Noor Amin yang meminta Mohd Radzi menyatakan jumlah pelajar yang berhenti persekolahan dari Mac 2020 sehingga kini.

BACA JUGA: Tular keluhan mengenai layanan terhadap guru enggan vaksin, Dr Maszlee mohon KPM jalankan siasatan

BACA JUGA: KPM kaji kebenaran murid bawa dan guna telefon bimbit di sekolah

Menurut Mohd Radzi, bagi tempoh tempoh Mac hingga Disember 2020, murid yang berhenti sekolah adalah seramai 11,301 orang atau 0.24 peratus murid manakala bagi tempoh Januari hingga Julai 2021, seramai 10,015 orang atau 0.21 peratus murid direkodkan berhenti sekolah.

Jumlah keseluruhan murid yang berhenti persekolahan bagi tempoh Mac 2020 hingga Julai 2021 adalah 21,316 orang atau 0.22 peratus murid.

Kementerian Pendidikan (KPM) mendefinisikan keciciran daripada sistem pendidikan sebagai situasi yang mana murid warganegara Malaysia yang berada dalam sistem pendidikan (bersekolah) tetapi keluar daripada sistem sebelum tamat atau menghabiskan tempoh pendidikan.

Ikuti GPSBestari di Twitter dan Facebook

Ciapan yang dilakukan oleh Maszlee turut mendapat perhatian pengguna laman Twitter apabila mereka turut kesal dan sedih disebabkan bimbang tentang masa depan kanak-kanak yang tercicir ini.

Ramai di antara mereka yang mendesak kerajaan supaya membuat tindakan drastik agar masalah ini tidak berlarutan.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok