KPM setuju takwim persekolahan bakal bermula Januari.
KPM setuju takwim persekolahan bakal bermula Januari.

KPM setuju takwim persekolahan bermula Januari

AZLEENDA SAHALUDINAZLEENDA SAHALUDIN
29 Mar 2023 02:51pm

Kementerian Pendidikan (KPM) secara prinsipnya telah bersetuju untuk mengadakan sesi persekolahan bermula Januari selepas menerima pelbagai pandangan dan pendapat terutamanya daripada golongan ibu bapa berhubung kepentingan keputusan itu dibuat.

Menterinya, Fadhlina Sidek memaklumkan, perubahan itu tidak boleh dibuat dalam masa terdekat disebabkan beberapa faktor yang perlu diselesaikan termasuklah pelbagai justifikasi berdasarkan pematuhan Akta Pendidikan.

Menurutnya, perancangan untuk mengembalikan kalendar akademik persekolahan kepada Januari dan berakhir Disember perlu memastikan silibus setiap mata pelajaran dapat diselesaikan.

“KPM perlu mengambil kira beberapa faktor seperti cuaca tidak menentu dan ekonomi setempat.

“Dalam masa yang sama, kita juga perlu mematuhi aspek lain seperti bilangan persekolahan murid yang tidak boleh kurang daripada 190 hari dalam tempoh setahun,” katanya ketika mengulung parbahasan Rang Undang-undang (RUU) Perbekalan 2023 bagi KPM di Dewan Rakyat peda Selasa.

Sebelum ini, KPM dilaporkan memberi jaminan takwim sesi persekolahan akan bermula Januari akan tetapi memerlukan tempoh tertentu untuk dilaksanakan.

Ini berikutan pengubahan takwim berkenaan daripada Januari kepada Mac 2022 selepas diumumkan oleh KPM sesi persekolahan 2021 dilanjutkan hingga Februari tahun berikutnya disebabkan terkesan pandemik Covid-19 yang melanda negara.

Artikel Berkaitan:
Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp