KPM : Tambahan slot program TV pendidikan untuk calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
KPM : Tambahan slot program TV pendidikan untuk calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)

KPM : Tambahan slot program TV pendidikan untuk calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)

webadmin
26 Jan 2021 04:12pm
A
A
A

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sentiasa berusaha untuk menambah baik pendekatan kaedah Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR), termasuk program TV Pendidikan.

Bermula  27 Januari 2021, KPM akan menambah Slot Program TV Pendidikan dalam program DidikTV@NTV7, khusus untuk calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2020.

Slot tersebut akan memberi fokus kepada kandungan pendidikan bagi membantu calon SPM tahun 2020 membuat persediaan sebelum menghadapi peperiksaan yang akan bermula pada 22 Februari 2021 ini.

Slot tambahan tersebut  melibatkan dua  jam pada hari Isnin hingga Jumaat, bermula 3.00 petang hingga 5.00 petang di saluran NTV7.

KPM juga telah menambah lima jam waktu siaran di saluran yang sama, pada hari Sabtu dan Ahad bermula dari jam 9.00 pagi hingga jam 12.00 tengah hari dan jam 3.00 petang hingga 5.00 petang.

Penambahan slot itu  menjadikan keseluruhan waktu siaran TV Pendidikan sebanyak 11 jam setiap hari yang disiarkan di saluran  TV Okey, Astro Tutor TV dan DidikTV@NTV7.

Jadual rancangan boleh didapati dengan melayari portal rasmi KPM di  www.moe.gov.my atau di media sosial rasmi KPM iaitu Facebook, Instagram dan Twitter @KemPendidikan.

KPM yakin Program TV Pendidikan yang disediakan itu dapat dimanfaatkan oleh murid, guru dan ibu bapa sebagai salah satu kaedah PdPR yang berkesan.

 

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok