Fadhlina Sidek
Fadhlina Sidek

KPM tidak bercadang ambil guru sandaran, beri tawaran pengambilan guru secara one-off

AZLEENDA SAHALUDINAZLEENDA SAHALUDIN
05 May 2023 05:23pm

Kementerian Pendidikan (KPM) tidak bercadang mewujudkan semula jawatan guru sandaran tetapi akan menawarkan pengambilan guru secara ‘one-off’ bagi menampung isu kekurangan guru di seluruh negara.

Menterinya, Fadhlina Sidek berkata, setakat ini sebanyak 260,000 permohonan telah diterima melalui Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP).

Menurut beliau, dengan jumlah permohonan berkenaan hanya 19,000 sahaja kekosongan yang ditawarkan untuk mengisi kekurangan jawatan tersebut.

“Kami berharap mereka yang membuat permohonan adalah mereka yang memenuhi kriteria kerana pengambilan dan penempatan guru ketika ini dibuat secara ‘one-off.

“Dan lebih 8,000 guru telah diambil pada pengambilan pertama Februari lalu,” katanya.

Tambah Fadhlina, pihaknya turut membuka peluang kepada graduan universiti awam tanpa iktisas pendidikan untuk membuat permohonan menjadi guru.

Sebelum ini, media melaporkan Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP) telah membuat permohonan KPM menawarkan semula jawatan guru sandaran bagi menampung isu kekurangan guru termasuk di Sabah dan Sarawak.

Setiausaha Agungnya, Fouzi Singon memberitahu, berdasarkan kajian yang dilaksanakan oleh NUTP mendapati faktor kekurangan guru antaranya disebabkan pertambahan sekolah baharu; pertambahan murid dan kelas; persaraan awal dan wajib serta faktor kesihatan guru.

Artikel Berkaitan:

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp