GAMBAR HIASAN
GAMBAR HIASAN

KPM perkenal SiPP, perkasakan kompetensi digital guru

AZLEENDA SAHALUDINAZLEENDA SAHALUDIN
20 Feb 2024 09:26am

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah melancarkan platform Sistem Pengurusan Pembelajaran (SiPP) bagi memperkasakan kompetensi digital Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP).

Menurut kenyataan yang dikeluarkan, platform tersebut menyediakan akses kepada PPP untuk mendapatkan bahan latihan, kursus dan sumber-sumber pembelajaran sepenuhnya melalui peranti masing-masing secara dalam atau luar talian.

“SiPP memberi manfaat kepada 429,000 orang PPP di seluruh negara dengan akses melebihi 20,000 kandungan termasuklah 15,000 e-book, 4,000 video, 3,000 kursus, 400 latihan makmal dan 40 sijil profesional.

“Teknologi kecerdasan buatan AI yang digunakan ini juga dapat membantu mengesan kecenderungan pengguna dengan memberi cadangan modul pembelajaran yang bersesuaian dengan kecenderungan masing-masing,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Selain itu, menerusi penggunaan SiPP, PPP turut akan dibimbing secara sistematik tanpa menghilangkan ciri-ciri keseronokan ketika mengikuti sesi pembelajaran.

Bukan itu sahaja, PPP juga berpeluang mendapat pengiktirafan dalam bentuk pengurniaan lencana dan sijil yang diiktiraf pada peringkat antarabangsa seperti Micosoft, Cisco, CompTIA, RedHat, Tosa, AWS dan PMI-ACP setelah melengkapkan modul pembelajaran.

SiPP boleh dilayari melalui Modul Individu Sistem Pengurusan Latihan Kementerian Pendidikan Malaysia (SPLKPM) dengan kekunci masuk menggunakan ID Guru Malaysia.

Artikel Berkaitan:
Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp