Bas yang membawa 39 penumpang termasuk dua pemandu terbalik di cerun jalan selepas hilang kawalan dan melanggar sebuah treler yang membawa muatan gelung besi.
Bas yang membawa 39 penumpang termasuk dua pemandu terbalik di cerun jalan selepas hilang kawalan dan melanggar sebuah treler yang membawa muatan gelung besi.

KPM ucap takziah kepada mangsa nahas

MOHD ISKANDAR OTHMANMOHD ISKANDAR OTHMAN
10 Jun 2024 10:37am

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa nahas yang melibatkan rombongan guru Sekolah Kebangsaan (SK) Jeram, Masjid Tanah, Melaka, di Lebuhraya Tun Abdul Razak berhampiran simpang tiga Keratong, Muadzam Shah, Pahang pada awal pagi Ahad.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, pihaknya kini sedang menunggu laporan penuh kejadian yang mengorbankan empat orang mangsa.

"Saya rakamkan ucapan takziah kepada keluarga guru-guru yang terlibat dan kita rasa sangat dukacita atas kejadian ini.

"Diperingkat KPM, kita sedang mengambil semua langkah untuk dapatkan laporan penuh kejadian dan dalam masa sama kita juga akan menjaga kebajikan guru-guru yang sebahagiannya berada di hospital untuk rawatan," katanya kepada pemberita ketika ditemui pada Ahad.

Fadhlina ditemui selepas menghadiri Hari Keluarga Kelab Media Mutiara Pulau Pinang yang diadakan bersempena Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2024 peringkat Pulau Pinang di Bertam Resort and Waterpark.

Setakat ini, empat dilaporkan maut selepas bas persiaran membawa rombongan guru SK Jeram terbabit kemalangan dengan sebuah treler.

Bas dipercayai dalam perjalanan ke Terengganu itu turut dilaporkan terbabas dan terjunam ke bawah cerun di Kilometer (KM)126 Jalan Kuantan-Segamat dekat simpang tiga ke Bahau.

Mengulas lanjut, Fadhlina berkata, pihaknya juga akan mengarahkan pasukan kaunselor turun ke sekolah terbabit bagi memberi sokongan psikososial kepada rakan-rakan guru dan juga murid-murid yang kehilangan guru mereka dalam kejadian ini.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp