
KPM umum cuti tambahan 3 hari sempena Tahun Baharu Cina 2026! Ini tarikh lengkap bagi Kumpulan A & B
Cuti umum Tahun Baharu Cina di Malaysia biasanya diperuntukkan selama dua hari, dengan perayaan bagi tahun 2026 jatuh pada 17 Februari (Selasa) dan 18 Februari (Rabu).
Namun, bagi memberi kelebihan dan peluang lebih untuk rakyat Malaysia menyambut perayaan bersama keluarga, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) melalui Kalendar Akademik 2026 memperuntukkan tiga hari cuti tambahan untuk sekolah di seluruh negara.
Langkah ini dijangka membolehkan warga sekolah menikmati masa bersama keluarga, pulang ke kampung halaman serta menyemarakkan semangat perpaduan dan budaya dalam kalangan pelajar.

Berikut pengagihan cuti tambahan bagi setiap kumpulan:
1) Kumpulan A:
Sekolah di Kedah, Kelantan dan Terengganu akan bercuti pada:
- 15 Februari (Ahad)
- 16 Februari (Isnin)
- 19 Februari (Khamis)
2) Kumpulan B:
Sekolah di Melaka, Johor, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Labuan dan Wilayah Persekutuan Putrajaya akan bercuti pada:
- 16 Februari (Isnin)
- 19 Februari (Khamis)
- 20 Februari (Jumaat)

Untuk info, Tahun Baharu Cina merupakan perayaan terpenting bagi masyarakat Cina yang menandakan permulaan tahun baharu mengikut kalendar qamari (lunar).
Sambutan lazimnya jatuh pada bulan Januari atau Februari, bergantung kepada peredaran bulan.
Perayaan ini membawa makna simbolik yang mendalam antaranya membersihkan nasib malang tahun lalu, menyambut tuah, kesejahteraan dan harapan baharu serta mengeratkan hubungan kekeluargaan melalui tradisi makan besar yang dinanti-nantikan.
Ringkasan AI
- Cuti umum Tahun Baru Cina di Malaysia untuk tahun 2026 diperuntukkan selama dua hari pada 17 dan 18 Februari
- Kementerian Pendidikan Malaysia menambah tiga hari Cuti Tambahan bagi sekolah bagi memungkinkan sambutan lebih meriah bersama keluarga
- Cuti tambahan ini bertujuan untuk memperkuat semangat perpaduan dan budaya dalam kalangan pelajar
- Kumpulan A yang terdiri dari Kedah, Kelantan, dan Terengganu akan bercuti pada 15, 16, dan 19 Februari
- Kumpulan B meliputi selebihnya negeri di Malaysia bercuti pada 16, 19, dan 20 Februari