Perayaan Deepavali akan disambut pada 31 Oktober, hari Khamis. Turut disertakan, tarikh cuti para pelajar dari Kumpulan A dan Kumpulan B.
Perayaan Deepavali akan disambut pada 31 Oktober, hari Khamis. Turut disertakan, tarikh cuti para pelajar dari Kumpulan A dan Kumpulan B.

KPM umum cuti tambahan sempena Deepavali 2024

ROSHLAWATY MD RAIEHROSHLAWATY MD RAIEH
08 Oct 2024 05:25pm
A
A
A

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah memperuntukkan cuti tambahan kepada sekolah-sekolah di Malaysia sempena perayaan Deepavali 2024 yang akan disambut 31 Oktober (Khamis) ini.

Berdasarkan Kalendar Akademik Sesi 2024/2025, cuti tambahan Deepavali dipecahkan mengikut dua kategori kumpulan iaitu Kumpulan A dan Kumpulan B.

Bagi Kumpulan A, ia terdiri daripada sekolah-sekolah di negeri Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu

Manakala Kumpulan B pula ialah sekolah-sekolah di negeri Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Labuan dan Wilayah Persekutuan Putrajaya.

Di sini, Sinar Bestari kongsikan tarikh penting cuti perayaan Deepavali sebagai panduan bersama.

1) 30 Oktober 2024 (Rabu) - Cuti Tambahan KPM (Kumpulan A)

2) 31 Oktober 2024 (Khamis) - Cuti Deepavali (Kumpulan A dan Kumpulan B)

3) 30 Oktober 2024 (Rabu) dan 1 November 2024 (Jumaat) - Cuti Tambahan KPM (Kumpulan B kecuali Sarawak)

4) Sarawak sahaja: Tiada cuti tambahan

Secara kesimpulannya, keseluruhan cuti yang diberikan KPM kepada Kumpulan A dan Kumpulan B adalah seperti berikut;

1) Kumpulan A: 30 Oktober hingga 2 November (Rabu hingga Sabtu, empat hari)

2) Kumpulan B kecuali Sarawak: 30 Oktober hingga 3 November (Rabu hingga Ahad, lima hari)

Diharapkan ibu bapa dapat menyusun jadual anak-anak dengan bijak da memastikan masa diisi dengan aktiviti bermakna serta bermanfaat sepanjang cuti perayaan Deepavali nanti.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok