KPM kongsi maklumat penting cuti perayaan dan cuti tambahan sempena Hari Raya Aidilifitri 2025 menerusi Kalendar Akademik Sesi 2025/2026.
KPM kongsi maklumat penting cuti perayaan dan cuti tambahan sempena Hari Raya Aidilifitri 2025 menerusi Kalendar Akademik Sesi 2025/2026.

KPM umum cuti tambahan sempena Hari Raya Aidilfitri 2025

ROSHLAWATY MD RAIEHROSHLAWATY MD RAIEH
06 Mar 2025 02:04pm

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menerusi Kalendar Akademik Sesi 2025/2026 memaklumkan bahawa tarikh cuti tambahan sempena Hari Raya Aidilfitri bagi tahun ini adalah sebanyak tiga hari.

Ia diberikan kepada guru, pelajar dan ibu bapa bagi memudahkan mereka menikmati Aidilfitri bersama keluarga tercinta, saudara mara dan sahabat handai.

Cuti tambahan yang diperuntukkan KPM untuk Kumpulan A dan Kumpulan B terdiri daripada:

1) Kumpulan A (Kedah, Kelantan dan Terengganu)

2) Kumpulan B (Melaka, Johor, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Labuan dan Wilayah Persekutuan Putrajaya)

  • 2 April 2025 (Rabu)
  • 3 April 2025 (Khamis)
  • 4 April 2025 (Jumaat)

Untuk info, sambutan Hari Raya Aidilfitri yang dijangka pada 31 Mac (Isnin) (tertakluk pada perubahan) dan 1 April (Selasa) dikira sebagai cuti perayaan dalam takwin tahunan itu.

Warga Sinar Bestari ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin kepada semua guru, pelajar, ibu bapa serta seluruh rakyat Malaysia yang menyambutnya.

Semoga Syawal kali ini akan membawa kegembiraan, keberkatan dan kebahagiaan kepada kita semua.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp