No Image Caption

KPM umum jadual terkini SPM, STAM dan UPBA 2021

Roshlawaty Md Raieh
12 Dec 2021 10:34am
A
A
A

Kementerian Pendidikan (KPM) telah mengemaskini tarikh peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dan Ujian Pencapaian Bahasa Antarabangsa (UPBA) Tahun 2021 yang akan dilaksanakan pada bulan Februari dan Mac tahun 2022.

Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin berkata, perincian mengenai waktu peperiksaan/ujian tersebut boleh dimuat turun melalui laman sesawang Lembaga Peperiksaan di pautan http://lp.moe.gov.my/

“Semoga perkongsian ini memudahkan perancangan calon, ibu bapa dan warga pendidik. Kongsi-kongsikan ya!,” katanya dalam satu hantaran di akaun Instagramnya.

Berikut link jadual waktu peperiksaan untuk rujukan semua.

  1. Jadual Waktu Ujian Bertutur, Ujian Mendengar dan Ujian Amali Sains SPM 2021
  2. Jadual Waktu Peperiksaan Bertulis
  3. Jadual Waktu Peperiksaan Bertulis STAM 2021
  4. Jadual Waktu Ujian Pencapaian Bahasa Antarabangsa (UPBA) 2021

Sementara itu, jadual baharu SPM yang dipaparkan di portal rasmi Lembaga Peperiksaan akan bermula pada Rabu 2 Mac 2022 dengan subjek pertamanya adalah Bahasa Melayu Kertas 1, Pendidikan Seni Visual- Teori Seni Kertas 1 dan Bahasa Melayu Kertas 2.

Manakala Khamis 3 Mac 2022, calon SPM akan menduduki subjek Bahasa Inggeris Kertas 1 dan 2 serta Tasawwur Islam.

Baca juga Pengurusan pendidikan penting dalam mendepani akhlak remaja di era digital

Baca juga Peringatan! Mohon guru-guru hadam 10 petua penting ini sebelum berpindah ke sekolah baharu tahun depan

Bagi peperiksaan STAM pula, ia bermula 5 April 2022 hingga 14 April 2022 dan calon-calonnya akan menduduki kertas Hifz Al-Quran dan Tajwid; dan Insya’ dan Mutala’ah pada hari pertama peperiksaan.

Pada Rabu 6 April 2022, para pelajar akan menjalani peperiksaan bagi subjek Tafsir dan Ulumuhu Kertas 1 dan 2.

Seterusnya, peperiksaan UPBA akan berlangsung pada Isnin 28 Februari 2022 dengan kertas Bahasa Jepun dan Bahasa Jerman.

Ikuti juga kami di:

Instagram: https://www.instagram.com/gpsbestari/

Twitter: https://twitter.com/GPSBestari

Youtube: https://www.youtube.com/c/GPSBestariOfficial/

Terdahulu, KPM memaklumkan akan mengeluarkan jadual peperiksaan SPM 2021 yang baharu berikutan pelbagai reaksi diterima daripada calon peperiksaan dan ibu bapa.

Jadual sebelum ini yang bermula 3 Mac sehingga 20 Mac 2022 itu ada terdapat hari yang jatuh pada Jumaat dan Ahad.

Malah tarikh jadual peperiksaan yang diumumkan itu juga turut dijalankan pada cuti akhir penggal 3 2021/2022 yang dijadualkan bermula pada 25 Februari sehingga 20 Mac 2022.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok