Kah Woh (dua dari kanan) sedang menenteramkan Muhd Zamrie Zainal Abidin, 55, (dua dari kiri) sewaktu membuat kunjungan ke kediaman keluarga Allahyarham Muhammad Zaharif Affendi di Ipoh, Perak pada Isnin.
Kah Woh (dua dari kanan) sedang menenteramkan Muhd Zamrie Zainal Abidin, 55, (dua dari kiri) sewaktu membuat kunjungan ke kediaman keluarga Allahyarham Muhammad Zaharif Affendi di Ipoh, Perak pada Isnin.

KPM ziarah keluarga Allahyarham Muhammad Zaharif

NURBAYA ABDUL REZAK
18 Dec 2023 12:43pm
A
A
A

Kematian seorang pelajar tingkatan lima, Muhammad Zaharif Affendi Muhd Zamrie akibat dilanggar mendapat perhatian pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Timbalan Menteri Pendidikan, Wong Kah Woh yang mewakili Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek mengadakan kunjungan ke rumah Allahyarham, menyatakan KPM mengucapkan takziah kepada keluarga remaja itu.

"KPM juga berharap keluarga mangsa diberi kesabaran dan ketabahan dalam menghadapi ujian ini. Semoga Allahyarham di tempatkan dalam kalangan orang-orang beriman," kata Kah Woh di Taman Chepor Sentosa, Ipoh, Perak.

Kenyataan beliau dimuat naik menerusi laman Facobook rasmi KPM pada Isnin.

Hadir sama Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan negeri Perak, Khairudin Abu Hanipah dan Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Perak, Datuk Mohamad Fauzi Mahson serta wargan JPN.

Artikel Berkaitan:


Pada 15 Disember, tular di media sosial seorang pelajar lelaki maut selepas motosikal yang dinaikinya dilanggar dan diseret sebuah kereta di Jalan Taman Jati berhampiran Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jati di Meru, di sini dipercayai dipandu oleh seorang pegawai kanan polis berusia 44 tahun.

Kemalangan kira-kira jam 12.30 tengah hari itu menyebabkan Muhammad Zaharif Affendi, 17, meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah pada bahagian dada dan abdomen.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok