KPT turut menggerakkan pelbagai kelengkapan bagi melancarkan kerja pembersihan di kawasan yang terjejas. Gambar hiasan
KPT turut menggerakkan pelbagai kelengkapan bagi melancarkan kerja pembersihan di kawasan yang terjejas. Gambar hiasan

KPT gerak Misi Bantuan Pasca Banjir

ROSHLAWATY MD RAIEHROSHLAWATY MD RAIEH
25 Sep 2024 10:28am

Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) menggerakkan Misi Bantuan Pasca Banjir KPT melalui Briged Sukarelawan Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) dengan kekuatan 878 sukarelawan yang terdiri daripada staf dan pelajar.

Selain barisan sukarelawan, mereka (KPT) turut menggerakkan pelbagai aset milik IPT bagi memudahkan capaian ke lokasi yang terjejas meliputi dua buah bot, 24 bas, enam lori, 15 van dan 17 kenderaan pacuan empat roda,” maklum kenyataan media KPT pada Rabu.

Turut digerakkan pelbagai kelengkapan tambahan lain antaranya 56 unit penyembur air (waterjet), empat pam air (waterpump), tiga tangki air dan sembilan unit generator bagi melancarkan kerja pembersihan bangunan awam seperti sekolah dan premis di kawasan yang terjejas.

Malah, perkhidmatan bantuan sokongan psikologi kepada mangsa yang terkesan secara individu mahupun berkelompok turut ditawarkan kepada mereka yang memerlukan.

Sementara itu, selain Kedah dan Pulau Pinang, Misi Bantuan Pasca Banjir KPT akan turut dipanjangkan kepada semua kawasan banjir yang terjejas di negeri Perak dan Perlis serta bersedia menggerakkan di kawasan lain sekiranya diperlukan.

“KPT berharap dengan usaha yang digerakkan ini dapat memberi kelegaan kepada semua mangsa banjir.

"Seluruh warga kementerian mendoakan mereka diberikan kekuatan menghadapi dugaan berkenaan," katanya.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp