Sokongan kerajaan diperlukan dalam usaha KPT merealisasikan pelan pendidikan digital. Kredit foto; Pexels
Sokongan kerajaan diperlukan dalam usaha KPT merealisasikan pelan pendidikan digital. Kredit foto; Pexels

KPT harap peruntukan besar dalam Belanjawan 2023

FIRDAUS HANAFI MOHD ZAIN
22 Feb 2023 11:07am
A
A
A

Sokongan kerajaan dari segi kewangan sangat membantu negara meningkatkan serta menambah baik kualiti sedia ada dalam industri pendidikan.

Peruntukan yang diberikan juga dilihat bersesuaian dengan permintaan pasaran pendidikan semasa di mana kaedah pendidikan secara digital semakin mendapat tumpuan.

Untuk itu, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) berharap kerajaan dapat memberikan peruntukan dengan jumlah yang besar kepada badan itu dalam usaha merealisasikan pelan pendigitalan yang telah direncana mereka.

Ketua Setiausahanya, Datuk Seri Abdul Razak Jaafar berkata, jika pendigitalan menjadi fokus utama pendidikan tinggi, ia harus dibantu Kementerian Ekonomi dan Kementerian Kewangan.

“Pihak-pihak ini seharusnya berganding bahu bersama KPT dalam menjayakan usaha ini demi masa depan pendidikan.

“Ia selaras dengan amanat Menteri, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin yang mahukan pelan pendigitalan sedia ada dilonjakkan dengan tumpuan diberikan pada pendigitalan sepenuhnya dalam semua aspek pengurusan, pendidikan, pembelajaran dan perkhidmatan,” ujarnya dalam satu kenyataan baru-baru ini.

Selain itu menurut Abdul Razak, di peringkat KPT pelan pendigitalan juga merupakan perkara penting yang sedang dirangka untuk Rancangan Malaysia ke-12 (RMK-12).

Jelasnya, proses kajian untuk KPT beralih sepenuhnya ke arah pendigitalan kini berada di fasa pertengahan.

Artikel Berkaitan:

Kata beliau, mereka diminta oleh Ketua Menteri untuk menilai semula sasaran sedia ada dalam masa sama menetapkan peralihan ke arah pendigitalan sepenuhnya menjadi sasaran utama.

“Ini akan diterjemahkan dalam bentuk bajet ataupun peruntukan yang akan kita mohon dalam Rolling Plan ketiga, keempat dan mungkin melangkau RMK-13,” katanya.

Belanjawan 2023 akan dibentangkan di Dewan Rakyat pada Jumaat, 24 Februari ini.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok