KPTM
KPTM

KPT terus pantau keselamatan pelajar di Timur Tengah

AZLEENDA SAHALUDIN
16 Apr 2024 09:42am
A
A
A

Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) sentiasa berhubung dengan Kedutaan Besar Malaysia di Tehran, Iran dan Amman, Jordan bagi mendapatkan perkembangan terkini serta tindakan lanjut yang perlu diambil bagi memastikan keselamatan dan kebajikan pelajar di sana terjamin.

Ia susulan situasi terkini pergolakan yang berlaku di Timur Tengah melibatkan antara negara Iran dan Israel yang secara tidak langsung memberi tempias kepada negara-negara di sekitarnya seperti Jordan, Syria, Lebanon dan Iraq.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan, KPT juga akan berbincang dengan pihak berkaitan untuk sebarang tindakan selanjutnya termasuklah sekiranya ada keperluan membawa pulang pelajar dari negara berkaitan.

“Mengikut rekod semasa, pelajar Malaysia yang berdaftar adalah seramai 1872 orang di Jordan, 37 di Syria, 8 orang di Iran dan tiada pelajar Malaysia di Lebanon dan Iraq ketika ini.

“Rakyat Malaysia khususnya pelajar-pelajar ini dinasihatkan untuk terus bertenang, sentiasa berwaspada dengan situasi semasa dan mematuhi arahan daripada pihak berkuasa,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Kepada pelajar dan ibu bapa yang mempunyai sebarang pertanyaan mengenai perkara ini boleh terus menghubungi kedutaan Malaysia yang terdekat di talian berikut.

Kedutaan Besar Malaysia di Tehran, Iran

Alamat: 25, Second Alley, North Zarafshan Street Eyvanak Boulavard, Phase 4, Shahrak e-Qods Islamic Republic of Iran Tehran.

Nombor telefon: (+9821) 88072444 / (+9821) 88078606

Artikel Berkaitan:


Emel: mwtehran@kln.gov.my / mwconsular.teh@gmail.com

Kedutaan Malaysia dia Amman, Jordan

Alamat: No.5, Hassan Al Kayed Street, Off Abai Street Abdoun, P.O. Box 5351, Amman 1183 Jordan

Nombor telefon: (+962) 65902400 / (+962) 78590 2400

Emel: mwamman@kln.gov.my / amm.uhep@gmail.com

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok