No Image Caption

KPT umum pengecualian yuran setahun kepada mahasiswa Palestin

AZLEENDA SAHALUDINAZLEENDA SAHALUDIN
16 Nov 2023 10:27am

Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) mengumumkan pengecualian pembayaran yuran pengajian selama setahun kepada lebih 600 mahasiswa Palestin di universiti awam (UA) berkuat kuasa serta-merta.

KPT juga akan mengadakan perbincangan dengan pihak universiti swasta bagi memberi pengecualian yuran ini kepada lebih 200 mahasiswa Palestin yang sedang menuntut di institusi berkenaan selama tempoh setahun.

Menurut Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, pihaknya sedang mempertimbangkan untuk memberi pengecualian tersebut kepada semua mahasiswa Palestin di UA dan institut pendidikan tinggi swasta (IPTS).

“Ia turut meliputi pemberian elaun bulanan dan akan melibatkan kos kira-kira RM20 juta hasil sumbangan UA, IPTS dan orang ramai,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Sementara itu, Palestin masih lagi berdepan dengan situasi cemas apabila berlakunya pertempuran dengan Israel sejak 7 November lalu.

Artikel Berkaitan:


Konflik Palestin-Israel ini turut menyebabkan Kementerian Pendidikan Palestin membuat pengumuman pada 30 Oktober lalu bahawa sesi akademik 2023/2024 secara rasminya telah berakhir akibat para pelajar sekolah yang telah terbunuh.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp