“Adakah budak ini membanggakan atau layak jadi sampah?” - antara komen netizen.
Kredit foto: iloveborneo
“Adakah budak ini membanggakan atau layak jadi sampah?” - antara komen netizen. Kredit foto: iloveborneo

Lagi kes buli, rakaman video sekumpulan pelajar bertumbuk tular di media sosial

AZLEENDA SAHALUDINAZLEENDA SAHALUDIN
17 May 2023 10:47am

Melihat kes-kes buli dan bergaduh dalam kalangan pelajar sekolah yang semakin meningkat, pihak berkuasa disarankan mengambil tindakan proaktif bagi menangani masalah ini.

Semua pihak perlu berganding baru dalam menangani masalah pelajar yang terlibat dengan kes salah laku dan pergaduhan selain perlu diselaras dengan undang-undang bagi mencari kaedah terbaik mengurangkan insiden buli di sekolah.

Ini kerana masih belum reda kes seorang pelajar Tingkatan Tiga dari sebuah sekolah di Gombak yang dibelasah sekumpulan rakannya secara beramai-ramai, kini muncul pula kes terbaharu apabila video rakaman sekumpulan pelajar bertumbuk tular di media sosial.

Kejadian yang berlaku di kawasan lot kedai di Sibu, Sabah itu memaparkan sekumpulan pelajar bertumbuk sesama sendiri dengan memakai pakaian sukan berwarna biru dan dipercayai pelajar Tingkatan Lima.

Difahamkan sekumpulan pelajar berkenaan menyerang beberapa pelajar Tingkatan Tiga dengan memukul, menendang dan menumbuk.

Kejadian berlaku sekitar pukul 12.40 petang.

Sinar Bestari memetik komen netizen berkenaan kejadian tersebut yang dikatakan terdapat salah seorang daripada pelajar terbabit membawa kayu sebagai senjata bertujuan untuk menakut-nakutkan pelajar lain.

“Anak siapa tu? Kurang ajar betul. Dia Tingkatan Lima nak pukul budak dari Tingkatan Tiga. Siap pesan jangan beritahu cikgu, kalau tidak dia nak bawak semua pelajar Tingakatan Lima pukul lagi.”

Artikel Berkaitan:

“Adakah budak ini membanggakan atau layak jadi sampah?”

“Dah buat report, harap semua dikenakan tindakan yang sepatutnya.”

“Tangkap semua pelaku yang terlibat, tak habis-habis nak tunjuk hebat.”

Sementara itu, dipercayai tiga orang pelajar yang terlibat telah ditahan pihak polis dan siasatan lanjut akan dijalankan bagi mengenal pasti individu lain yang turut terlibat.

Sekatat ini juga, Kementerian Pendidikan (KPM) masih belum membuat sebarang kenyataan rasmi berhubung isu buli yang berlaku di Sabah itu.

Diharapkan KPM segera mengambil tindakan tegas yang sejawarnya kepada mereka yang terlibat dalam kejaidan buli berkenaan.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp