![Sijil SPM merekodkan pencapaian akademik pelajar yang boleh digunakan untuk menyambung pengajian pada peringkat pendidikan tinggi dan menceburi bidang pekerjaan.](https://www.sinarharian.com.my/sinarbestari/uploads/images/2024/05/27/2666609.jpg)
Latar belakang Sijil Pelajaran Malaysia
Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) ialah peperiksaan utama kebangsaan, ditadbir secara berpusat dan ditaksir pada penghujung pendidikan menengah.
SPM merekodkan pencapaian pelajar untuk digunakan bagi tujuan berikut:
1) Kelayakan asas memasuki program pada peringkat lebih tinggi
2) Kriteria asas dalam mendapatkan biasiswa
3) Memohon pekerjaan
4) Pencapaian bagi pentaksiran pendidikan pelajar sepanjang tempoh pendidikan menengah Tingkatan Lima
Selain itu, SPM diiktiraf setaraf dengan GCE O-level.
Penjaminan kualiti bagi SPM dilakukan bersama badan badan pentaksir luar negara seperti
1) Cambridge International Examinations (CIE)
2) New Zealand Qualification Authority (NZQA)
3) Victoria Curriculum and Assessment Authority (VCAA)
4) Pearson
5) CITO
Sementara itu, kepada pelajar yang ingin menduduki SPM, mereka perlu memenuhi beberapa syarat pendaftaran iaitu
1) Pelajar Tingkatan Lima Sekolah Menengah Kerajaan/Sekolah Menengah Bantuan Kerajaan/Sekolah Swasta yang diiktiraf oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) atau;
2) Mereka yang pernah menduduki peperiksaan SPM/SPM Vokasional/Malaysia Certificate of Education (MCE)/School Certificate (SC)/Federation of Malaya Certificate (FMC) atau;
3) Mereka yang telah mencapai umur 19 tahun pada 1 Januari dalam tahun peperiksaan semasa.