UPNM ditubuhkan kerajaan Malaysia pada 21 Jun 2006 bagi menghasilkan graduan tentera dan awam untuk keperluan pertahanan negara.
UPNM ditubuhkan kerajaan Malaysia pada 21 Jun 2006 bagi menghasilkan graduan tentera dan awam untuk keperluan pertahanan negara.

Latar belakang UPNM

25 Jul 2024 02:39pm

Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) menjadi tular susulan enam bekas penuntutnya dihukum gantung sampai mati kerana bersalah membunuh Pegawai Kadet Laut, Allahyarham Zulfarhan Osman Zulkarnain tujuh tahun lalu.

Dengan berita itu, nama UPNM tiba-tiba memenuhi dada-dada akhbar, kaca televisyen dan semua platform media sosial dengan isi kandungan memaparkan kejadian yang berlaku terhadap Allahyarham Zulfarhan.

Oleh itu, Sinar Bestari ingin berkongsi secara ringkas latar belakang universiti tersebut di mana terdapat sesetengah pelajar tidak mengetahui sejarah penubuhan UPNM.

Sejarah UPNM bermula dengan penubuhan Akademi Tentera Malaysia (ATMA) pada 1 Jun 1995 sebagai organisasi yang bertanggungjawab menjalankan program pengajian di peringkat Sarjana Muda dan latihan ketenteraan kepada Pegawai Kadet Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Peranan ATMA kemudian diperluaskan dengan menjadikannya sebagai UPNM yang diwartakan pada 10 November 2006.

Walaupun UPNM memulakan pengambilan kumpulan pertama pelajar pada sesi 2007/2008, sebenarnya ia telah mempunyai pengalaman mengendalikan program pengajian di peringkat Sarjana Muda selama 11 tahun.

No Image Caption

Ia bermula dari tahun 1995 hingga 2006 melalui program kerjasama antara Kementerian Pertahanan dengan Universiti Teknologi Malaysia di mana seramai lebih kurang 1,017 graduan telah dikeluarkan dalam tiga bidang merangkumi Kejuruteraan, Sains dan Pengurusan.

Artikel Berkaitan:

Di samping memperoleh kelayakan profesional, semua graduan telah ditauliahkan sebagai Pegawai ATM dan mereka sedang berkhidmat di pelbagai unit dalam Tentera Darat, Tentera Laut DiRaja Malaysia dan Tentera Udara DiRaja Malaysia.

UPNM telah ditubuhkan kerajaan Malaysia pada 21 Jun 2006 bagi menghasilkan graduan tentera dan awam untuk keperluan pertahanan negara.

Perintah perbadanan UPNM telah dikeluarkan pada 6 November 2006 untuk memulakan pengajian akademik sesi 2007/2008.

Bagi pengambilan siswa sesi 2007/2008, seramai 550 melapor untuk Program Asasi Pertahanan yang terdiri daripada 121 siswa awam dan 350 siswa tentera.

Untuk program Sarjana Muda, kira-kira 130 siswa awam dan 297 siswa Asasi Pertahanan akan mengikuti program Sarjana Muda di bidang Kejuruteraan, Sains dan Teknologi serta Pengurusan dan Pengajian Pertahanan.

Bagi memulakan pengajian 2007/2008, UPNM menubuhkan tiga buah fakulti iaitu Fakulti Kejuruteraan Pertahanan, Fakulti Sains dan Teknologi Pertahanan serta Fakulti Pengurusan dan Pengajian Pertahanan termasuklah juga Pusat Asasi Pertahanan.

Program akademik yang ditawarkan setanding dengan IPTA luar dan dalam negara sekali gus menarik minat pelajar kerana menyediakan kurikulum merangkumi bidang sains dan teknologi pertahanan berbentuk hands on.

Pengetahuan yang diperolehi boleh diaplikasi kepada aset pertahanan negara seperti kapal tentera laut, pesawat udara dan peralatan ketenteraan dalam ATM.

Selain itu, ia juga dapat diaplikasikan dalam sektor perindustrian berteraskan sains dan teknologi terkini.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp