Lawatan penanda aras beri peluang pegawai, GPM kongsi idea dan kepakaran bersama pendidik lain
Lawatan penanda aras beri peluang pegawai, GPM kongsi idea dan kepakaran bersama pendidik lain

Lawatan penanda aras beri peluang pegawai, GPM kongsi idea dan kepakaran bersama pendidik lain

Roshlawaty Md Raieh
23 May 2022 01:51pm
A
A
A

Seramai 40 peserta telah mengikuti program Lawatan Penanda Aras Pegawai dan Guru Perpustakaan Media (GPM) Negeri Selangor ke Sektor Sumber Teknologi Pendidikan (SSTP) Perak, Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Jambu, Taiping dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Raja Perempuan, Ipoh pada 10 hingga 12 Mei lalu.

Mereka terdiri daripada wakil Penolong Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Negeri Selangor dan wakil daripada 15 buah sekolah daerah Negeri Selangor.

Penolong Pengarah SSTP Selangor, Jamnah Zolkefli berkata, objektif program adalah untuk berkongsi idea dan kepakaran dengan menggabung jalin kejayaan sekolah lain agar dapat diolah dan disesuaikan untuk memacu kecemerlangan pusat sumber sekolah-sekolah di negeri ini.

Selain itu, ia juga bertujuan memurni budaya kerja cemerlang dalam kalangan guru-guru agar dapat memacu kecemerlangan pusat sumber sekolah (PSS) mengikut minat dan keperluan murid.

“Diharapkan menerusi lawatan ini, kita dapat membina jaringan kerjasama dan mengeratkan hubungan silaturahim antara pegawai serta GPM disamping meningkatkan kecemerlangan dalam pengurusan PSS,” katanya kepada Sinar Bestari.

Program kali pertama yang dianjurkan oleh SSTP Jabatan Pendidikan Negeri Selangor selepas penularan Covid-19 ini menyediakan pelbagai aktiviti menarik sepanjang ia berlangsung.

Antaranya, sesi bicara santai Ketua Penolong Pengarah SSTP Selangor, Mohammad Nuri Hussin bersama SSTP Perak, perkongsian maklumat dengan guru-guru di SK Kampung Jambu dan SMK Raja Perempuan serta banyak lagi.

Sementara itu, Mohammad Nuri berharap agar program sebegini dijadikan program tahunan SSTP Selangor sebagai memberi peluang kepada GPM Selangor, berkongsi maklumat dengan GPM negeri lain.

Perkongsian maklumat seperti mempelajari jaringan dan jalinan sekolah, inovasi, kejayaan sekolah demi memartabatkan PSS ke arah kecemerlangan dan kemenjadian murid-murid adalah antara yang bakal dan akan diperoleh oleh GPM melalui sesi lawatan penanda aras yang diadakan secara berterusan.

Artikel berkaitan 

Lawatan sambil belajar beri peluang 38 murid tadika timba pengalaman berharga

35 tahun jadi pendidik, Cikgu Zah kini dinobat penerima Tokoh Guru Terengganu 2022

SMJK Jit Sin juara National Science Challenge 2022, bakal ikuti lawatan sambil belajar ke Jepun


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok