HomeBuletinLebih 2 juta murid sekolah menengah kembali jalani PdP secara bersemuka

Artikel Berkaitan

Lebih 2 juta murid sekolah menengah kembali jalani PdP secara bersemuka

PUTRAJAYA – Seramai 2,060,997 pelajar sekolah menengah terlibat dalam sesi persekolahan yang bermula semalam, setelah mereka mengikuti Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) sejak awal sesi persekolahan 2022/2023.

Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin berkata, seramai 2,674,104 murid sekolah rendah juga mengikuti Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) secara bersemuka.

Baca juga

Sesi persekolahan 2022/2023 melibatkan 2.7 juta murid berjalan lancar – Radzi

Optimus Prime, Spiderman warnai pembukaan sekolah sesi 2022/2023

“Ia menjadikan jumlah keseluruhan pelajar sekolah menengah dan rendah yang mengikuti PdP secara bersemuka adalah seramai 4,735,101 orang.

“Dalam masa yang sama, seramai 273,025 orang murid tahun tiga, empat dan lima bagi sekolah rendah dengan enrolmen lebih 600 orang masih hadir ke sekolah secara penggiliran.

“KPM sedang meneliti situasi semasa bagi membolehkan kumpulan murid ini dapat turut hadir ke sekolah tanpa penggiliran,” katanya dalam satu hantaran di laman Facebook.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Beliau membuat perkongsian itu setelah meninjau pengoperasian beberapa buah sekolah di negeri Selangor sempena hari pertama sesi persekolahan secara bersemuka bagi semua pelajar sekolah menengah sejak semalam.

Radzi turut berterima kasih kepada murid, guru dan ibu bapa yang sentiasa memberi keutamaan dalam aspek keselamatan agar pengoperasian sekolah secara bersemuka dapat terus berjalan dengan lancar dan selamat.

Artikel Terkini