Lebih 50 potret memenuhi bilik cetak, siapakah pelukis sebenar di sebalik karya hebat ini?
Lebih 50 potret memenuhi bilik cetak, siapakah pelukis sebenar di sebalik karya hebat ini?

Lebih 50 potret memenuhi bilik cetak, siapakah pelukis sebenar di sebalik karya hebat ini?

Roshlawaty Md RaiehRoshlawaty Md Raieh
13 Sep 2022 04:35pm

Koleksi lukisan potret yang memaparkan wajah guru dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Saujana Utama (SUTAMA), Selangor telah menarik perhatian penulis untuk mengetahui siapakah pelukisnya.

Ini kerana, karya-karya yang dihasilkan itu sangat indah, cantik dan menawan hati. Terasa enggan berganjak dari bilik cetak sekolah (bilik yang memuatkan kesemua lukisan tersebut) apabila berada di sana.

Berpeluang menemu bual Pengetuanya, Noor Hayati Embong baru-baru ini mengenai identiti pelukis potret itu, akhirnya penulis temui jawapannya.

“Lukisan ini adalah hasil kerja seorang Kakitangan Pelaksana Sekolah, Zefri Bakar @ Said.

“Lebih 50 potret yang dilukis oleh Zefri, antaranya potret pentadbir negara, selebriti, superhero, animasi dan ramai lagi.

“Sebagai pentadbir, sudah tentu saya cukup bangga dan gembira kerana mempunyai kakitangan yang begitu berbakat dalam bidang lukisan,” ujarnya kepada Sinar Bestari.

Menurut Cikgu Norhayati, Zefri merupakan seorang kakitangan yang tekun melaksanakan tugas yang diberikan.

“Begitu juga dalam bidang lukisan. Sekali dia melukis, memang cantik sangat dan tidak salah rasanya jika saya kategorikan lukisan Zefri bagaikan seorang pelukis profesional yang hebat,” ujarnya.

Sementara itu, berbicara mengenai bakat melukis, Zefri berkata, minat dalam bidang tersebut telah bermula sejak kecil lagi.

Ketika itu, dia tidak berguru dengan mana-mana pelukis profesional sebaliknya hanya belajar sendiri.

Dia yang hampir 20 tahun berkhidmat di SUTAMA berkata, melukis membuatkan hatinya sentiasa tenang.

“Bila ada masa lapang, saya akan melukis potret. Memang rasa seronok, teruja dan gembira apabila lukisan ‘menjadi’. Puas hati rasanya.

"Tentang melukis ini, jika anda tanya sampai bila saya akan lakukan jawapannya hanyalah satu…saya akan melukis hingga ke akhir usia,” katanya yang menggunakan pensil 2H, 2B, 6B, 7B, 8B, pemadam, pengasah pensil, kertas lukisan A3, pensil warna dan pen marker sebagai bahan mentah untuk melukis.

Akhir sekali, Zefri berhasrat mahu memiliki sebuah galeri lukisan yang memuatkan segala karya-karyanya itu.

“Insya-ALLAH, jika diizinkanNya, mungkin satu hari nanti saya mampu memiliki galeri yang diidam-idamkan,” jelasnya.

Artikel berkaitan

SUTAMA gondol 8 anugerah. Tak sangka, rahsia ini yang buat mereka menang besar. Tahniah! 

Cekap kawal tin cat semburan, skil wajib diperlukan untuk menjadi seorang pelukis grafiti yang berjaya

Cipta model roket bahan api pepejal ketika usia 9 tahun, Khawo kini ‘Rocketeer Termuda Malaysia’


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp