SUTAMA gondol 8 anugerah. Tak sangka, rahsia ini yang buat mereka menang besar. Tahniah!
SUTAMA gondol 8 anugerah. Tak sangka, rahsia ini yang buat mereka menang besar. Tahniah!

SUTAMA gondol 8 anugerah. Tak sangka, rahsia ini yang buat mereka menang besar. Tahniah!

Roshlawaty Md Raieh
15 Mar 2022 03:27pm
A
A
A

Sekolah Menengah Kebangsaan Saujana Utama, Sungai Buloh, Selangor, atau lebih dikenali sebagai SUTAMA telah membuka tirai tahun 2022 dengan begitu gemilang apabila berjaya menggondol lapan anugerah dalam Anugerah Kecemerlangan Teknologi Pendidikan (AKTep) Negeri Selangor 2021, baru-baru ini.

SUTAMA berjaya menjadi Johan untuk Anugerah Pusat Sumber Cemerlang (kategori Sekolah Menengah), Bicara Buku Sekolah Menengah (kategori Bahasa Melayu), Kumpulan Anugerah Nilam Bahasa Melayu (kategori Sekolah Menengah), Tempat Ketiga Bicara Buku Sekolah Menengah (kategori Bahasa Inggeris), Naib Johan Anugerah Nilam Bahasa Melayu (kategori Sekolah Menengah) serta penyertaan untuk Ikon Guru Perpustakaan dan Media (GPM) Cemerlang, Ikon Murid TV Pusat Sumber Sekolah (PSS) juga TV PSS Terbaik bagi Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Selangor.

Menurut Guru Perpustakaan dan Media PSS SUTAMA (Emerald Resource Centre), Cikgu Siti Mariam Che Omar, kejayaan tersebut tidak datang bergolek sekiranya tiada amalan dan budaya kerja secara berpasukan serta keseronokan bekerja dalam kalangan guru.

“Kesepakatan inilah yang menjadi kunci kejayaan dan inspirasi bagi menyempurnakan semua program sekolah.

“Dan yang paling penting, PSS berjaya mendokong dan merealisasikan sekolah sebagai sumber ilmu dan pusat literasi maklumat utama buat semua warganya,” ujarnya.

Cikgu Siti Mariam

Dalam pada itu, Pengetua Cemerlang SUTAMA, Noor Hayati Embong berkata, PSS SUTAMA berfungsi sebagai kompas ilmu, kompas maklumat, kompas aktiviti dan menjadi denyut jantung untuk menggerakkan segala aktiviti dan program sekolah.

“Untuk itu, PSS sememangnya berperanan penuh dalam mengimplimentasikan segala perancangan selaras dengan hasrat ‘Pendidikan Untuk Semua’ dan konsep kesamarataan akses terhadap peluang pendidikan yang berkualiti,” tuturnya lanjut.

Dengan slogan ‘Read, Lead and Succeed’, PSS SUTAMA terus mengorak langkah maju ke depan memperkasakan kualiti Pendidikan digital sejajar dengan Revolusi Industri 4.0 (IR 4.0).

Pelbagai usaha dan program sama ada secara fizikal mahupun digital telah dilaksanakan untuk mendidik dan memupuk budaya membaca, menyemai budaya ilmu, memupuk kebijaksanaan, mengakses maklumat dan mengembangkan potensi pelajar serta kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) secara menyeluruh.

Cikgu Sapiah sedang membimbing pelajar.

Pelajar berpeluang meminjam buku secara digital melalui ePlatform Digital Library dan membaca buku secara dalam talian samaada sesi persekolahan secara bersemuka ataupun proses Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR).

Sementara itu, Tokoh Nilam SUTAMA, Anis Fatimah Azzahra Abd Moin berjaya memberi saingan sengit hingga muncul sebagai Naib Johan Tokoh Nilam bagi kategori Individu Bahasa Melayu Sekolah Menengah dan telah berjaya meraih tempat pertama untuk pertandingan Bicara Buku di peringkat Kebangsaan 2021.

Menurut Anis Fatimah Azzahra, dia telah menyertai Program Nilam sejak dari sekolah rendah dan mengakui bahawa program ini telah memberi impak yang besar kepadanya.

Selain memperoleh ilmu pengetahuan melalui bahan bacaan yang dibaca, dia juga dapat menonjolkan kebolehannya berbicara mengenai sesuatu isu di depan kamera dan menyerlahkan lagi bakat dan karisma kepimpinannya.

Dalam pada itu, Ketua Unit Program Nilam, Cikgu Sapiah Jani berkata, pelbagai program dan strategi telah diambil dalam memupuk budaya membaca yang berkualiti.

“Kita lakukan semua ini bagi mempersiapkan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan untuk bersaing di peringkat global, seterusnya melahirkan pelajar-pelajar yang berdaya saing dan berfikiran kreatif serta kritis,” jelasnya.

Pasukan Tokoh Nilam SUTAMA

Sesungguhnya segala usaha yang dilakukan jika tanpa kerjasama dari semua pihak, kejayaan pasti tersasar.

Namun komitmen tidak berbelah bahagi serta sokongan padu daripada semua pentadbir, GPM, Ketua Unit PSS, Cikgu Noorain Abdul Latif, Cikgu Siti Mariam Din, Cikgu Zarina Rosti, Cikgu Najwa Jamal Abdul Nasir, Ajk PSS, guru-guru SUTAMA, PIBG dan komuniti telah merealisasikan kejayaan ini.

Slogan ‘SUTAMA The Champion’ pasti menjadi aspirasi utama dalam setiap tindakan dalam menepati hasrat pendidikan Malaysia.

Artikel berkaitan

100 pelajar terpilih terima sumbangan barangan persekolahan, ringankan beban ibu bapa

Aplikasi TikTok bukan sekadar hiburan, gunakan sebagai alat persediaan pelajar hadapi dunia sebenar

“SUTAMA dikenali bukan kerana saya seorang tetapi ia hasil kerja berpasukan”


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok