Fadhlina (tengah) beramah mesra bersama warga pendidik selepas menyampaikan amanat 'Guru Berjiwa Pendidik' kepada para guru di Sekolah Antarabangsa Labuan (LIS) sempena lawatan rasmi beliau ke Labuan pada Jumaat.
Fadhlina (tengah) beramah mesra bersama warga pendidik selepas menyampaikan amanat 'Guru Berjiwa Pendidik' kepada para guru di Sekolah Antarabangsa Labuan (LIS) sempena lawatan rasmi beliau ke Labuan pada Jumaat.

Lebih RM2.3 juta peruntukan BAP di Labuan

26 Jan 2024 07:30pm
A
A
A

Lebih RM2.3 juta peruntukan Bantuan Awal Persekolahan (BAP) 2024 diluluskan untuk kesemua 27 sekolah di Labuan.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, inisiatif sekali bayar sebanyak RM150 itu perlu diberikan kepada setiap pelajar atau ibu bapa tanpa sebarang potongan lain termasuk yuran Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG).

"Ibu bapa yang menerima bantuan bukan dalam jumlah penuh perlu membuat laporan kepada kementerian.

"Berdasarkan garis panduan, tiada potongan bayaran BAP kepada pelajar yang layak tanpa mengira latar belakang ekonomi mereka," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis penyampaian Wakalah Zakat Peranti untuk Sekolah Menengah Kebangsaan Labuan pada Jumaat.

Pada Oktober tahun lepas, Kementerian Pendidikan memaklumkan sebanyak RM788.13 juta telah diperuntukkan untuk BAP di bawah Belanjawan 2024, yang akan memberi manfaat kepada lebih 5.25 juta pelajar.

BAP sebanyak RM150 setiap seorang itu diagihkan bermula bulan ini bertujuan mengurangkan beban kepada ibu bapa dan penjaga dalam membuat persediaan persekolahan anak mereka. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok