Gambar kecil: Lokasi kejadian letupan yang mencederkan lebih 50 orang termasuk pelajar SMAN 72, Kelapa Gading, Jakarta Utara, Indonesia.
Gambar kecil: Lokasi kejadian letupan yang mencederkan lebih 50 orang termasuk pelajar SMAN 72, Kelapa Gading, Jakarta Utara, Indonesia.

Letupan gegar masjid sekolah di Jakarta: 54 cedera termasuk pelajar

07 Nov 2025 07:55pm

Suasana tenang solat Jumaat di sebuah sekolah menengah di Jakarta bertukar panik apabila satu letupan kuat menggegarkan Masjid Sekolah Menengah Atas Negeri (SMAN) 72, Kelapa Gading, Jakarta Utara, tadi.

Insiden yang berlaku sekitar tengah hari waktu tempatan itu menyebabkan sekurang-kurangnya 54 orang cedera, termasuk beberapa pelajar dan jemaah yang berada di dalam kawasan masjid.

Ketua Polis Jakarta Metro Jaya, Inspektor Jeneral Asep Edi Suheri berkata, mangsa mengalami kecederaan dari tahap ringan hingga sederhana.

“Seramai 54 orang cedera. Ada yang luka ringan, ada yang agak parah. Beberapa mangsa telah menerima rawatan dan dibenarkan pulang,” katanya seperti dilaporkan Metro TV News.

Susulan kejadian, polis sedang menjalankan siasatan terperinci bagi mengenal pasti punca sebenar letupan tersebut.

Buat masa ini, pihak berkuasa telah menubuhkan pos kecemasan di Hospital Yarsi dan Hospital Islam Cempaka Putih, Jakarta Pusat untuk memberi bantuan segera kepada mangsa dan keluarga terlibat.

Letupan itu dilaporkan berlaku ketika jemaah sedang menunaikan solat Jumaat, sekali gus mencetuskan suasana panik apabila serpihan dan asap memenuhi ruang masjid.

Pasukan keselamatan telah menutup kawasan sekolah bagi tujuan siasatan dan keselamatan orang ramai.

Artikel Berkaitan:

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp