Gambar yang tular memaparkan seorang murid sekolah cedera.
Gambar yang tular memaparkan seorang murid sekolah cedera.

Murid cedera bukan disebabkan buli, tetapi cedera ketika bermain

ASYIKIN ASMINASYIKIN ASMIN
16 Oct 2025 04:26pm

Gambar tular menunjukkan seorang murid sekolah rendah dilihat dalam keadaan berlumuran darah bukan disebabkan perbuatan buli atau pergaduhan sebaliknya disebabkan kemalangan ketika bermain dengan rakannya.

Perkara itu disahkan Pengarah Pendidikan Negeri Sabah, Datuk Raisin Saidin yang mendapat maklumat daripada guru besar di sebuah sekolah di Sipitang.

"Menurut guru besar tersebut, hasil siasatan awal mendapati bahawa kejadian tersebut bukan berpunca daripada sebarang perbuatan buli atau pergaduhan, sebaliknya merupakan kemalangan yang berlaku ketika murid-murid bermain sesama sendiri.

"Ada murid bermain menggunakan tali pinggang dan menyebabkan bahagian tali pinggang terkena pada mangsa dan menyebabkan berlakunya kecederaan," katanya ketika dihubungi pada Khamis.

Katanya lagi, sebagai tindakan segera, pihak sekolah telah membawa murid terbabit ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

"Gambar yang tular adalah gambar yang diambil semasa dalam perjalanan ke hospital. Selain itu, ibu bapa murid yang terlibat telah dihubungi serta dimaklumkan tentang kejadian ini," katanya.

Raisin berkata, guru besar tersebut turut memaklumkan pihak sekolah akan terus memberi perhatian terhadap kebajikan dan keselamatan semua murid serta mengambil langkah penambahbaikan bagi mengelakkan kejadian seumpama ini berulang.

"Guru besar berkenaan memaklumkan turut mengambil tanggungjawab penuh terhadap kejadian yang berlaku," katanya.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sipitang, Superintenden Awang Anak Suanda ketika dihubungi berkata, pihaknya maklum mengenai kejadian yang tular di media sosial itu.

"Perkara tersebut masih dalam siasatan dan difahamkan kejadian melibatkan sesama murid," katanya.

 

 

Ringkasan AI

  • Gambar tular menunjukkan murid sekolah rendah berlumuran darah akibat kemalangan semasa bermain
  • Kejadian disahkan bukan disebabkan buli tetapi kemalangan bermain dengan tali pinggang
  • Pihak sekolah segera bawa murid ke hospital dan maklumkan ibu bapa
  • Guru besar sekolah bertanggungjawab penuh dan akan tingkatkan keselamatan murid
  • Polis sedang siasat kejadian yang melibatkan sesama murid
Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp