WhatsApp Image 2022-12-09 at 8.55.57 PM
Lim Hui Ying dilantik Timbalan Menteri Pendidikan
Ahli Parlimen Tanjong, Lim Hui Ying dilantik sebagai Timbalan Menteri Pendidikan bagi membarisi Kabinet Kerajaan Perpaduan.
Pengumuman itu dilakukan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam satu sidang akhbar di Pejabat Perdana Menteri, Putrajaya sebentar tadi.
Beliau merupakan anak kepada pemimpin veteran Parti Tindakan Demokratik (DAP), Lim Kit Siang.
Sebelum itu, beliau dipilih oleh Kerajaan Pulau Pinang untuk menjadi Senator Dewan Negara pada tahun 2018.
Artikel berkaitan
KPM mampu gubal dasar ke arah era baharu pendidikan negara - Fadhlina Sidek
Mohamed Khaled Nordin Menteri Pendidikan Tinggi Kerajaan Perpaduan
Fadhlina Sidek mula tugas secara rasmi di KPM