Kakitangan Lotus’s yang bertugas menyambut kedatangan pengunjung di reruai Lotus’s pada Karnival Pendidikan Sinar Bestari pada Sabtu.
Kakitangan Lotus’s yang bertugas menyambut kedatangan pengunjung di reruai Lotus’s pada Karnival Pendidikan Sinar Bestari pada Sabtu.

Lotus’s Malaysia perkenal Jungle Cafe

10 Sep 2023 01:51pm

FOTO: MOHD HALIM ABDUL WAHID & MOHD RAFIQ REDZUAN HAMZAH

Orang ramai yang berkunjung ke Karnival Pendidikan Sinar Bestari berpeluang merasai keenakan kopi segar beraroma di ‘Jungle Café’ by Lotus’s Malaysia.

Ketua Komunikasi dan Perkhidmatan Korporat CSRnya, Hanim Hamdan sepanjang tiga hari karnival itu berlangsung pengunjung berpeluang merasai aneka kopi dan teh yang dibancuh oleh barista berpengalaman.

Menurutnya, Jungle Cafe merupakan produk terbaharu Lotus’s Malaysia khusus kepada peminat kopi segar di negara ini.

“Buat permulaan Jungle Cafe boleh didapati di Lotus’s Kepong, Bukit Puchong, Setia Alam, Shah Alam dan Ampang,” katanya.

Hanim berkata, kopi yang diperkenalkan di Jungle Cafe merupakan kopi berkualiti terbaik daripada Thailand.

Orang ramai tidak melepaskan peluang membeli barangan di reruai Lotus’s untuk mendapatkan harga diskaun.
Orang ramai tidak melepaskan peluang membeli barangan di reruai Lotus’s untuk mendapatkan harga diskaun.

“Paling penting harga yang ditawarkan berpatutan bermula dari RM8 hingga ke RM17 namun bagi pengunjung Karnival Pendidikan Sinar Bestari potongan harga diberikan sehingga 20 peratus,” katanya kepada Sinar Harian.

Artikel Berkaitan:

Antara minuman yang ditawarkan di Jungle Cafe termasuklah Americano,Latte, Caramel Macchiato, Buttercream Latte, Jungle Chocolate, Chocolate Mouse, Uji Matca dan Yuzu Litchi Tea.

Sementara itu bagi menyokong produk tempatan, pihaknya turut memperkenalkan produk jenama Lotus’s.

“Produk Lotus’s bersumberkan perusahaan mikro kecil dan sederhana (PMKS) di mana ianya secara tidak langsung menyokong barangan tempatan, ” katanya.

Salah seorang petugas memberikan produk kopi kepada anggota bomba.
Salah seorang petugas memberikan produk kopi kepada anggota bomba.

Jelasnya antara produk yang dijual pada karnival ini termasuklah tempura nugget, drummet, ais krim, susu UHT pada harga diskaun.

“Kita turut memberikan sampling produk percuma seperti kopi, kerepek kentang biskut butter kepada pengunjung,” katanya.

Pengunjung reruai Lotus’s diberikan sampel produk secara percuma pada Karnival Pendidikan Sinar Bestari pada Sabtu.
Pengunjung reruai Lotus’s diberikan sampel produk secara percuma pada Karnival Pendidikan Sinar Bestari pada Sabtu.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp